Tukang Canang
Thursday, October 28, 2010
Catatan Galas
Tugasan hari ini ke Pos Balar untuk program Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal. Perjalanan hari ini agak unik kerana menaiki helikopter, Pos Balar empat jam perjalanan dengan 4wd. Kalau hujan perjalanan mungkin lebih dan mungkin terpaksa bermalam di sana.
7.15 pagi - Keluar dari Kesedar Inn menuju ke RPS Kuala Betis untuk ke Pos Brooke.
9 pagi - ke Pos Brooke untuk program TPM bersama Orang Asli. Calon biru, saudara Aziz pun datang. Kali pertama melihat beliau dari dekat. Personaliti yang bagus, pr skills masih kurang.
12 tgh - TPM sampai. Umumkan pemberian kepada Orang Asli 200 rumah PPRT, bekalan letrik, solar dan baiki rumah.
2.30 petang - ke persimpangan air panas. Helikopter tiba, mvstar. Turut sama TKP JHEOA, Senator olian, doctor dan pak the. Ketika berlepas jalan gua musang - lojing terpaksa ditutup untuk membolehkan helikopter berlepas. Pilot "eh kenapa berat sangat ni." Semua diam cuak.
2.45 petang - Sekali lagi cuak. Pilot "satu lampu sahaja buka. Dua tayar tak turun. Tutup balik kadang-kadang susah buka. Tak pa jangan bimbang. Dua lampu nyala, satu tayar belum turun.
"Doctor nanti saya turun sikit, tanya orang kampung tayar dah buka belum. Eh tak pa, kita boleh tengok bayang dah cukup tiga tayar atau belum.
(Chooper berpusing beberapa kali nak tengok bayang)
"Ok dah buka tiga," doktor sahkan. Kami kemudian mendarat dengan selamat.
3 ptg - di pusat pentadbiran Pos Balar di kg perawas menunggu Dtk Seri Shafie. sempat berbual dengan org kampung dan beberapa kakitang jheoa.
4.30 ptg - dtk seri shafie apdal tiba. Sambut dengan silat gayung 4 pelajar sk balar. Agak kelam kabut, perancangan jheoa tidak menjadi. Seorang pegawai lebih pentingkan tv daripada rakyat.
6 ptg - shafie bertolak ke gua musang.
645 ptg - kami trip kedua bertolak. Tiba di RPS Kuala Betis 7 malam.
Amat penat tp seronok pengalaman pertama naik chooper.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, October 27, 2010
:Catatan Galas
Gua Musang bertukar wajah sepenuhnya hari ini. Seawal 7 pagi, lautan manusia memenuhi ruang yang sempit di Bandar Baru Gua Musang. Panji hijau yang ditengahnya berwarna putih lebih banyak daripada panji biru berdacing. Mungkin dua tiga kali ganda. Kata polis, hijau 9000 biru 3500 kurang lebih.
Saya tidak tahu jumlah sebenarnya kerana lebih awal memasuki pusat tujuan semua, Pejabat Tanah dan Jajahan tapi dari jauh memang kelihatan hijau lebih banyak. Apakah ini petanda awal?. Tapi situasi ini memang berlaku di banyak tempat, Manek Urai dulu lebih kurang sama tetapi jurangnya tidak begitu lebar.
9.00 pagi, pilihan biru bersama dengan ketua-ketuanya memasuki pusat. Tok Pa, Tiong lai, Zahid Hamidi, Awang Adek dan Subramaniam melangkah dengan yakin. Pilihan biru, Ab Aziz Yusof kelihatan agak gugup.
9.25 pagi Dr. Zulkefli bersama dengan barisan 'tok guru', Hadi Awang, Nasharudin, Mahfuz dan Salahudin masuk. Turut sama 'perujuk tok guru' Kit Siang dan Azmin Ali.
Semua duduk dalam khemah yang ditetapkan. Aman dan tenteram. Khemah hujung untuk bebas juga ada penghuni tapi dari pasukan hijau - hanya tumpang berteduh.
Puas menunggu, ketua biru mengunjungi hijau. Hijau balas kunjungan. Semua gembira berbual mesra. Yang pasti tok guru hadi dan kit siang tidak kunjung.
Kata Hadi pada ibu biru, Shahrizat "Presiden tidak datang sebab itu kami tidak pergi ke sana." Tak apa asalkan kemesraan terjalin. Seronok melihat mereka berbual, alangkah indahnya kalau hubungan begini kekal, semuanya bersatu. Oh lupa 'tok guru' Nik Aziz pun ada, dia agak lewat kerana uzur terpaksa berkereta hingga ke pusat, istimewanya. Tak pasti sama ada Muhyiddin atau Najib akan dapat layanan yang sama.
Kerja bermula, aktiviti 'menjolok' giat berjalan hingga tak menang tangan.
10 pagi tempoh bantahan tamat, pengurus 'raya' Wan Mustapha Ab Hamid umum.
11 pagi Wan Mustapa keluar. Jurugambar paling sibuk. Pengurus umum dua-dua diterima terima. Ketika Tok Pa dan Awang Adek ada di sebelah. Seorang orang hijau tak puas hati, "tok pa kenapa tok guru tidak ada, panggil tok guru."
Tok guru dan perujuk tok guru naik, lebih ramai dari biru. Tak apalah, hijau mesti dapat layanan istimewa. Tangan pun dijulang. Terdengar suara Hafiz menjerit mengarah supaya tok pa julang tangan.
Habis sudah beraksi. Dr Zul turun. RTM panggil untuk wawancara tapi bodyguard. Agak angkuh, kenapa enggan diwawancara secara langsung. Tak pandai cakap ke atau takut tersalah cakap?
Spekulasi bertiup kencang dek kerana Ku Li menghilang. Katanya, Ku Li cuma hantar di bawah sahaja. Teringat cerita Herman pada pilihan raya umum lalu. Ku Li hanya serah borang kemudian balik ke rumah yang lain orang kanan yang urus.
Itu sahaja cerita ini hari. Sambung esok pula, mata pun dah kuyu.
* insyallah akan ada catatan harian, cerita dua hari sebelum ini tidak sempat di muatkan Insyallah kalau ada kesempatan dibuat kemudian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, October 19, 2010
Kerajaan yang baik.
Kenapa saya tidak pergi ke klinik @ hospital kerajaan. Jawapannya semua ada. Fasiliti hebat, mentaliti tak hebat. Serba-serbi canggih tapi kaki dan tangan yang bekerja kurang canggih. Susah juga untuk ubah kaki dan tangan ini.
Salah kerajaan BN barang kali. Sumbangan yang 'melia' hebat tidak menjadi. Macam mana nak ubah menatliti.
Sambil duduk layan bosan, belek-belek portal pembangkang. Banyak juga yang tarik perhatian, walaupun hati tak berkenan.
Satu cerita, tiga ahli parlimen pembangkang. Duduk bercerita kepada wartawan, di lobi Parlimen. Ceritanya macam cerita dulu. Cerita kerajaan buat kerja tak betul.
Kali ini, penglipurlara Mahfuz buat cerita pasal Felda. Kerajaan tipu peneroka Felda. Sebagai bukti kena bayar denda. Peneroka dapat berjuta-juta.
Saya tak nak kata apa. Kalau dah mahkamah hukum salah, salahlah. Tapi memang betul, Felda kalah sebab bodoh. Sebab peguam tak datang mahkamah.
Syukur beribu-ribu peneroka dapat faedah dari Felda. Kenapa itu tidak dicerita. Sampai ada dapat duit berjuta-juta. Salah kerajaan lagi ke tu.
Kerajaan BN kena ikut Kerajaan Pas Kelantan, kalau tidak mahu kena hentam. Cara kerajaan tok guru paling mudah, kosnya juga amat murah. Hanya jaja rata-rata. Papan tanda kena banyak, besar-besar baru rakyat tahu. Jadi atau tidak tunggu la nanti.
Contoh paling Pengkalan Darat Kuala Krai, hanya nampak pada malam. Bandar AFTA Rantau Panjang, paling maju di Kelantan. Baru 'kelih' sikit Bandar Tunjong, itu pun kerajaan pusat tolong.
Cukup sudah saya mengarut. Cuma nak pesan kepada kerajaan BN. Paling mudah dan selamat jangan buat apa-apa projek macam Kedah dan Kelantan, baru tak dak orang korek.
*apa moralnya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, October 13, 2010
Adi Jagat...
Dia tidak tinggi, agak rendah, bertubuh gempal. Dari jauh rakyat Pasir Mas mengenalinya. Pun begitu akalnya panjang demi kelangsungan umat Melayu. Sebut saja apa yang tidak dilakukan untuk umat Melayu. Dari tanah serendah si kebun bunga sehingga di negeri bawah bayu dia menjelajah, kaum pribumi tidak boleh dijajah.
Atas lori di Pulau Pinang, menghentak Lim Guan Eng. Barua cauvinis yang mahu menghentak orang Melayu. Keberaniannya amat digeruni, baik musuh atau kawan.
Musuh mencari jalan untuk menarik jatuh. Namun tidak jatuh. Tidak ada peluru untuk tembak batang tubuh. Pernah dengar Tok Him dituduh penerima rasuah. Pernah dengar Tok Him ada skandal. Tidak bukan. Tidak seperti pemimpin lain, semua ada cerita belakang tabir.
Pak menteri, Nazri Aziz yang angin dengan Perkasa, tak payah cakap macam-macam cerita ada. Gambar anak tersebar dalam interner. Kawan tak tahu betul atau tidak, hanya Allah maha mengetahui. Tapi ceritanya hebat tapi semua dah kalih.
Hari ini, Tok Him dicabar lagi. Sultan yang dijunjung diagung sudah murka. Entah apa sebabnya gelaran Datuk dan darjah kebesaran ditarik balik. Katanya sebab ziarah ayahanda Sultan Muhammad V. Kalau ini alasannya memang pelik, patik pacal yang hina mohon ampun minta tuanku fikir semula.
Bukan nak mengangkat tetapi hakikat. Yang berbadan gempal itulah ke seluruh alam Tanah Melayu menjunjung Tuanku Sultan. Sultan adalah payung rakyat, tanpa payung rakyat basah ditimpa hujan.
Kalau tukang pegang payung dibuang, bagaimana payung untuk terus berkembang. Bukan senang nak cari tukang pegang payung yang kuat supaya payung terus terbuka, salah orang payung akan tertutup, dilipat-lipat untuk simpan atau disewa pada orang. Sewa pulangannya lumayan.
Semua cerita ada skrip. Siapa yang mencipta skrip?. Skrip kali ini maha hebat, mencalar imej dari dalam ibarat HANG TUAH DIHUKUM SULTAN MELAKA.
Sedarlah banyak jasa yang ditaburnya. Kalau tidak mahu, buanglah semua yang disumbangnya. Panggil semua pengikut 'tok guru' Nik Aziz angkat jambatan Tendong campak ke Laut China Selatan buat apa lagi nak dikenang jasa 'Katak Islam' ini.
Jika sejarah Hang Tuah berulang sudah pasti ada bendahara akan datang memujuk. Usah merajuk Tok Him, teruskan perjuangan untuk Melayu supaya nanti bangsa tidak terkujur.
*salute Datuk Ibrahim Ali.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, October 11, 2010
Tahniah CC Liew
CC amat hebat, 50 tahun di Sin Chew dan berkhidmat di bawah 6 Perdana Menteri. Dia seorang wartawan sejati yang menjunjung kebebasan media.
"Oleh begitu, apabila sesuatu polisi atau tindakan seseorang, biarkan berkuasa atau tidak, adalah bercanggah dengan matlamat kami ini, kami menganggap ia menjadi tanggungjawab kami untuk menyuarakannya," -petikan ucapan CC.
Soalnya apakah matlamat itu? Bagaimanakah untuk memastikan matlamat itu tidak berpihak sedangkan CC dengan jelas mengatakan bahawa "Sebagai sebuah akhbar, fungsi utama kami adalah berkhidmat kepada pembaca-pembaca." Hanya orang Cina membaca Sin Chew, kalau ada pun Melayu atau Indi boleh dikira dengan jari. Umum tahu bagaimana untuk menarik minat pembaca, harus ikut rentak dan muncul sebagai superhero.
Saya tidak menidakkan CC. Apa yang dikatakannya benar. Cuma soalnya jika desakan pembaca berterusan masih wujudkah kebebasan media. Jawapan CC sudah jelaskan. Jadi jangan salahkan Utusan, semua media di dunia ini berpihak kepada tuannya. Malaysiakini, Malaysiainsider, Harakah, Roket semuanya berpihak. The times, Straits Times Singapore, Herald Tribune pun berpihak juga. Jangan meludah ke langit terkena di muka sendiri.
*Burung terlepas dari sangkar, adakah itu bebas?
Thursday, October 7, 2010
Apa Khabar Tuanku
"Apa khabar Tuanku." Itu sapaan yang terkeluar dari mulut aku ketika berpeluang untuk bertemu dengan Sultan Ismail Petra. Apa yang mengejutkan biarpun duduk di atas kerusi roda dengan keadaan tangan yang masih belum dapat berfungsi dengan baik serta ketika petugas istana sedang sibuk menyorongnya ke dalam Toyota Alphard, baginda dengan pantas terus menjawab sapaan itu, "baik".
Jawapan itu amat mengejutkan, baginda yang dikatakan ramai pihak 'brain dead' dapat memberi respon dengan pantas. Hati aku bergelojak sekali lagi,ingin menguji buat kali kedua. "Lo ni macamana Tuanku." Baginda dengan pantas juga menjawab "Baik, Alhamdulillah." Aku terkelu dan mati kata.
Pada masa yang sama seorang wanita yang sedang mengendong kanak-kanak perempuan berusia sekitar setahun (mungkin kerabat) sempat bergurau dan melambai-lambai. Baginda melihat ke arah wanita dan bayi berkenaan dan memberikan respon sambil ketawa kecil kerana suka dengan keletah mereka berdua.
Biar pun hanya dua soalan dan pertemuan selema seminit tetapi ia memberikan kepuasan untuk aku. Pertemuan di Rumah Ghu, kira-kira pukul 10 malam ini cukup memberikan kesan kepada aku sebagai pengamal media dan rakyat marhain.
Terima kasih kepada Tengku Muhammad Fakhry kerana memberi kesempatan yang amat berharga ini. Terima kasih untuk jemputan BBQ malam ini. Sebenarnya kesempatan ini telah lama dinantikan sejak Tuanku pulang dari Singapura.
Ingin aku tegaskan tulisan ini bukannya untuk menidakkan pemasyhuran Sultan Muhammad V tetapi ia hanya untuk membuktikan kata-kata berapa teman mengenai keadaan Sultan Ismail adalah tepat. Aku juga tidak mempertikaikan sama sekali pemasyhuran Sultan Muhammad V kerana ia semamngnya hak baginda sebagai pewaris mutlak takhta kesultanan Melayu Kelantan - tidak kira bila masanya dimasyhurkan.
*amat terkilan kerana tidak sempat bergambar utk kenangan.