Wednesday, November 19, 2008

Salah dan Maaf

Hampir sepuluh bulan pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) berlalu, pun begitu cerita-cerita tentangnya masih kedengaran. Ia seolah-olah PRU masih lagi berlangsung walaupun hakikatnya sudah berakhir pada 8 Mac lalu.

Pelbagai cerita ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana kononnya mereka mendapat mandat dan sokongan kuat daripada rakyat. Cerita yang meleret dan digarab seperti 'sinetron' mula merimaskan rakyat yang sebelum ini mengikuti setiap episod dengan setia seperti 'Bawang Puteh Bawang Merah'.

Paling menjengkelkan ialah parti-parti politik yang baru memerintah lima buah negeri memulakan era pemerintahan mereka dengan sindrom menyalahkan kerajaan dahulu sehingga ada di antaranya tidak logik langsung diterima oleh akal fikiran.

Bagi parti politik yang masih memerintah Malaysia pula, meneruskan pemerintahan dengan sindrom memohon 'maaf' biarpun kesalahan yang dibuat tidak nyata dan masih samar-samar. Begitu pun sindrom 'maaf' tidak lagi berlaku mungkin kerana bapa-bapa pemimpinnya sedar dengan tindakan yang tidak disenangi oleh ahlinya.


Sebaliknya pula berlaku, sindrom salah-menyalah diteruskan tanpa segan silu sehingga kadang kala menampakkan kebodohan dan kewarasan bapa-bapa pemimpin parti yang dikatakan bertunjangkan keadilan dan kesamarataan. Contoh yang paling menarik ialah perkara yang berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Pertama, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang bijaksana dan bergelar Profesor menyalahkan UMNO kerana tidak ramai rakyat dari bangsa lain terutama Cina serta India tidak menyertai perkhidmatan awam.

Paling melucukan dan menampakkan kebijaksanaan profesor ini apabila menuduh kakitangan awam Melayu telah mengoyakkan borang permohonan jawatan kosong dari bangsa lain.

Sebagai pemerhati, penulis melihat tuduhan ini sebagai membabi ditambah dengan membuta dan tuli. Di mana kewarasan pemimpin seperti ini, bercakap seperti orang 'gila'. Nah sekarang terbukti siapa yang racis, UMNO atau DAP.

Sedangkan umum tahu, bangsa lain tidak berminat untuk menyertai perkhidmatan awam disebabkan gaji yang rendah.

Semalam untuk menutup kesilapannya, seperti biasa pemimpin pembangkang ini menyalahkan media terutama Utusan Malaysia sedangkan jelas terbukti ucapannya disiarkan pada berita di peti televisyen.

Bagi penulis pemimpin ini sudah kekurangan idea dan sengaja mereka cerita untuk meneruskan sindrom menyalahkan orang lain dan cuba menutup kelemahannya untuk mentadbir negeri. Pembangkang berlagak seolah-olah mereka tuhan yang tahu semuanya dan orang lain semua salah.

Kedua, ialah mengenai hujah tok wakil wanita pembangkang di Dewan Rakyat yang menyifatkan guru-guru tadika Kemas sebagai golongan mak cik-mak cik yang ketinggalan zaman.

Wahai 'tok wakil' jangan lupa jasa mak cik-mak cik ini mendidik anak bangsa, jangan dibandingkan intan dengan kaca. Jasa mak cik - mak cik kemas ini untuk mendidik terutama di kawasan luar bandar tiada tandingnya, dan penulis sendiri lahir daripada tadika kemas sehingga kini bergelar wartawan. Tanpa tadika ini mungkin penulis tidak kenal ABC.

Ketiga - yang terbaru - DAP menyalahkan UMNO kerana menyebabkan banjir di Pulau Pinang.

Kesemua contoh ini merupakan dua perkara baru di bawah sindrom salah - menyalahkan yang di bawa oleh pakatan pembangkang. Ia merupakan usaha berterusan untuk memupuk sikap benci rakyat terhadap kerajaan yang ada sekarang sehingga kadang kala sukar untuk diterima akal.

Kesimpulannya, parti-parti politik yang baru mendapat kuasa ini masih mabuk dengan kemenangan sehingga terlupa tugas sebenar mereka iaitu untuk menjadi kerajaan dan membangungkan negeri masing-masing.

Perkara yang paling mudah dalam dunia ini ialah menyalahkan orang tanpa perlu berbuat apa-apa. Inilah taktik pembangkang yang terus menerus memperbodohkan rakyat dan kita sebagai rakyat harus bijak menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Pembangkang berlagak seperti maksum - seolah-olah semua yang dilakukan mereka adalah betul dan orang lain selain daripada mereka adalah salah


wassalam


*teringat cerita si dungu dan bahlol (dumb dan dumber).

Tuesday, November 18, 2008

Antara Andalusia,Mudajjal dan PKR

1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyyah Granada yang berajakan Abu 'abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille.400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.

Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam,mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.

Cantiknya Perjanjian Granada. Tidak hairan,Abu 'abd-Allah boleh mengalah. Penambah perisanya, dalam sejarah Granada,kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang di dalam tarikhnya disebut sebagai Mudejar.Mudejar adalah orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian Sepanyol.Mereka juga bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.

Mudejar dikatakan berasal dari perkataan mudajjan,yakni orang yang dijinakkan (untuk berada di bawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol)tetapi ada yang mengatakan bahawa ia dari perkataan mudajjal.Maknanya, faham-faham sendirilah.Tidak kurang juga di antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapat laba dari tuan Kristian Sepanyol mereka samada menjadi menteri ataupun upah khianat mereka.Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya Kota Granada.

Tetapi, janji hanya tinggal janji.Tahun 1499, perjanjian itu diingkari,Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan,rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi,tanda mereka bukan lagi Islam.Inkuisi Sepanyol dimulakan,sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil.

Ribuan muslimin dipaksa murtad. Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab.
Maka,jika dilihat kepada senario hari ini, kita melihat hikmah mempunyai dan dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam diambil mudah.Orang menganggap ia mudah datang dan mustahil untuk pergi. Alasan untuk menumbangkan kuasa sesuatu kerajaan Islam cukup mudah,atas nama memerangi korupsi,kezaliman dan kronisme adalah panji-panji murah yang dikibarkan oleh sesetengah pihak.

Adakah tidak terguris hati sebahagian umat apabila baru sahaja didedahkan 301,000 isi rumah orang Melayu Islam masih di bawah RM1000, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,P Ramasamy ingin membuka jawatan-jawatan kerajaan negeri kepada semua orang. Dan mendukacitakan lagi,dia tidak segan silu memfitnah orang Melayu/Islam yang berjawatan di peringkat kerajaan negeri mengoyak borang permohonan orang bukan Melayu yang memohon.

Tiada pula tindakbalas daripada orang Melayu Parti Keadilan Rakyat di dalam kerajaan negeri. Seolah-olah mereka sudah dijinakkan seperti mudejar Kerajaan Kristian Sepanyol. Apakah mereka tidak berfikir antara jawatan dalam kerajaan negeri tersebut termasuklah jawatan di pejabat ugama?Adakah nanti atas nama samarata, Pulau Pinang akan mempunyai Kadi beragama Hindu,Kristian ataupun Buddha?Nampaknya lucu, tetapi usikan ke arah itu sudah mula berlaku.

Menghairankan lagi mudejar-mudejar ini terus melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sekutu mereka.Mereka memuji Adun Canning sebagai pandai membaca Al Quran tetapi musuh mereka yang Islam pula sebagai orang yang dibenci Tuhan. Mereka berbangga apabila Lim Guan Eng hendak menjadi Umar Abd Aziz tanpa menyedari bahawa Allah tidak akan memandang kepada bagaimana berazamnya seseorang yang kafir itu mencontohi kebaikan seorang mukmin melainkan ia dimulakan dengan si empunya badan itu melafazkan dua kalimah syahadah.

Apakah tidak sedih Umar Abd Aziz, apabila seseorang yang tidak berkhitan itu yang dipuja dan dipuji dan disamakan dengan beliau oleh orang yang mengaku muslim dan mukmin? Jadi,tidakkah sama nilai mereka ini dengan mudajjal?

Oleh itu,janganlah kerana digula-gulakan dengan orang lain pandai menyebut nama seorang dua khalifah Islam dan tahu barang satu dua ayat al Quran dan Hadith, kita hendak menggadaikan kuasa yang ada pada kita.

Ingatlah, orang Islam Granada dijanjikan perkara yang jauh lebih baik dari itu untuk memujuk mereka agar menyerahkan kuasa politik mereka. Tetapi, harga yang perlu mereka bayar akhirnya adalah untuk berada di tiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tangan mereka dikudungkan.

dipetik dari http://maharajazhou.blogdrive.com/

*Realiti yang berlaku hari ini

Monday, November 17, 2008

Anugerah Allah

Aisya Kasih Khadeeja Azran Fitri dan Aisya 'Chinta' Sophia Azran Fitri









Aku amat bersyukur kerana dianugerahkan Allah harta yang paling bernilai dan tidak boleh dijual beli sama sekali. Kasih sayang aku kepada Chinta dan Kasih hanya 'Dia' yang tahu. Inilah nyawa aku. Harapanku moga kedua-duanya dilindungi dan diberkati Allah sepanjang waktu. Amin.


Sunday, November 16, 2008

Bugel indah....




Sejak kerajaan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN) macam-macam perkara berlaku dan banyak pihak yang nak tunjuk hebat. Aku tak tahu apa tujuan mereka untuk menunjuk-nunjuk atau nak beri tekanan kepada BN.

Sejak daripada itu juga negara ini dah jadi macam Indonesia, sikit-sikit hendak demonstrasi, nak minta itu - ini, kena buat demo. Sampai yang paling hebat ada yang dah ikut barat nak berbogel pula.

Sejak dari dulu lagi aku tak setuju dengan demo-mendemo ini termasuklah orang UMNO buat demo di Komtar, Pulau Pinang bantah Lim Guan Eng masa mula-mula DAP menang di Penang.

Ini satu hal nak berdemo sampai berbogel - apa jadahnya nie?. Yang ancam nak bogel namanya, Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang aku percaya mesti ada orang Melayu - Islam juga.

Ini apa ertinya, sudah hilang pegangan agama ke apa. Adakah perangai seperti ini yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Mana maruah kita, jangan sampai maruah boleh dijual beli dengan harga satu sen.


Sebab untuk berbogel ialah tak puas hati sangat ialah tindakan Kerajaan negeri Selangor menaikkan sewa bulanan Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250. Di laporkan kebanyakan penghuni mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM500 sebulan.

Bagi aku ini satu alasan bodoh yang tidak boleh diterima akal sama sekali. Takkanlah tidak ada cara lain untuk menuntut hak sampai nak bogel. Inilah kesan daripada terlampau banyak keterbukaan dan ketelusan yang dituntut oleh sesetengah pihak.

Berdemo kalau tak berbogel sekali pun menyusahkan semua orang, contoh peniaga tak boleh berniaga, pekerja tak boleh bekerja, pelajar tak boleh belajar.

Satu lagi, inikah contoh kerajaan kebajikan yang dilaungkan oleh PKR sehingga menindas rakyat dan menimbulkan kumpulan bogel...

*aku nak gi shah alam nak tengok bugel indah - harap yg datang ramai orang muda bukan tua... ahaks...


Thursday, November 13, 2008

Kurang ajar...


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin kurang ajar - itu yang boleh aku simpulkan tentang tindakannya memaksa dan mengherdik jurugambar Utusan Malaysia.
Kalau beliau rakyat biasa akan anggap perkara emosi seperti ini adalah biasa tetapi sebagai pemimpin beliau perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Takkanlah mengambil gambar terima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali satu kesalahan besar. Mohamad Nizar kena ingat dia seorang pemimpin dan setiap tingkah lakunya diperhatikan.

Inikah bahasa indah seorang pemimpin parti Islam - ''Go.. go..". ''Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu."

Kalau orang surat khabar yang digeruni oleh sesetangah orang pun kena halau aku tak tau la macam mana orang kampung yang hendak jumpa dia. Mungkin kena halau macam ayam.

Kalau aku orang Pas pasti aku rasa malu dengan pemimpinnya yang kurang ajaran ini.

Kalau pemimpin PKR cakap macam ini aku tak kisah sebab memang kurang ajaran, zina pun kata sedekah.

Bagi aku ini Menteri Besar cap Ayam yang dikeluarkan oleh syarikat Pakatan Rakyat Ayam. Perlu diajar tentang kurang ajar.

Tuesday, November 11, 2008

Sejarah politik wang



Sejarah politik wang dalam UMNO sebenarnya bermula pada era Datuk Seri Anwar Ibrahim (sekarang Ketua Pembangkang) semasa beliau berada dalam UMNO sekitar tahun 1980-an dulu, itu merupakan pendedahan yang dibuat oleh sahabat team wawasannya dulu, Tan Sri Rahim Thamby Chik ketika ditemui di Kubang Kerian baru-baru ini.

Sejak daripada itu, budaya politik wang yang di tinggalkan oleh Anwar itu berkembang dan menjadi barah yang semakin mencengkam parti Melayu itu. Kata Rahim, beliau tahu mengenai itu kerana sama-sama berada dalam satu team ada pada ketika itu. Serentak dengan itu, beliau meminta supaya semua ahli UMNO meningkatkan kesedaran supaya budaya jijik legasai Anwar itu dihapuskan sepenuhnya.

Aku melihat perkara ini amat serius, Anwar telah menyebabkan kerosakan yang besar kepada UMNO dan ini tidak hairan akan berlaku kepada negara ini sekiranya cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Anwar sanggup melakukan apa saja termasuk menggadai dan menjual maruah bangsa demi mencapai cita-citanya. Aku tidak hairan pada masa akan datang Anwar akan turut meninggalkan budaya yang lebih buruk kepada rakyat di negara ini gara-gara impian untuk jadi Perdana Menteri.

Inilah wajah sebenar Anwar yang berselindung disebalik topeng untuk meraih simpati dari rakyat di negara ini.

Aku seperti Rahim berharap kepimpinan UMNO yang baru di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan tumpuan menghapuskan budaya jijik yang ditinggalkan oleh Anwar.

Monday, November 10, 2008

Dah agak dah...



Sebagai ahli UMNO aku merasa amat malu dengan kejadian tumbuk menumbuk pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seremban. Kejadian ini sepatutnya perlu dielakkan dan mesyuarat sewajarnya diadakan dalam suasana kekeluargaan.

Tetapi aku memang sudah menjangkakan akan berlaku pergaduhan pada persidangan tersebut berdasarkan pengalaman aku semasa bertugas di sana.

Apabila kejadian ini berlaku aku teringat kembali pengalaman aku semasa bertugas di Seremban kira-kira setahun lalu. Secara personal aku mengenali Datuk Ishak Ismail, Ketua UMNO Bahagian Seremban yang amat disenangi oleh ahli-ahli UMNO bahagian tersebut.

Sikapnya yang rendah diri dan gayanya seperti orang kampung menyebabkan beliau amat senang didekati. Mudah cerita kalau ada masalah di mana-mana pun hatta di atas bonet kereta pun boleh diselesaikannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng (sebelum PRU-12).

Aku agak senang dengannya, pun begitu semua orang tahu kelantangannya yang keterlaluan untuk mengkritik termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan. Mudah kata semua dia yang betul.

Disebabkan itu hubungannya yang dingin dengan Mohamad telah menjadi rahsia umum. Ia bertambah parah apabila Ishak tidak dicalonkan sebagai calon pilihan raya.

Jadi Ishak perlu menyelamatkan karier politiknya daripada diganggu gugat oleh orang yang dikatakan pro Menteri Besar. Ekoran daripada ketegangan tahap tertinggi di antara kedua-dua kem ini yang menyebabkan berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pengikut.

Sewajarnya MB yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri perlu memainkan peranan untuk menguatkan semula UMNO di saat BN hanya menang tipis di Negeri Sembilan.

Jadikan ini sebagai pengajaran jangan berulang lagi.... musuh-musuh UMNO sedang bertepuk tangan di belakang.....