Tuesday, December 2, 2008

Selesema

hari kelima tidak nampak matahari di Kota Bharu... rumusan aku...
hujan + sejuk + selesema = lemau....

Saturday, November 29, 2008

Retak menanti belah dan sesumpah....

Mungkin ini perumpamaan yang sesuai untuk pakatan pembangkang atau Pakatan Rakyat. Banyak perkara yang dilalui oleh pakatan tersebut menimbulkan tanda tanya ke mana arah tuju parti-parti di bawah naungannya. Apa tidaknya ke Pas, DAP dan PKR memiliki dasar yang berlainan. Pas dengan islamnya, DAP dengan Malaysian - Malaysia dan PKR dengan cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Jika diteliti mungkin hanya PKR yang mempunyai kesemaan dasar dengan dua lagi parti kerana ia tidak mempunyai dasar perjuangan yang lain daripada cita-cita penasihatnya menjadi pemimpin ulung negara. Mungkin tidak diketerlaluan PKR ibarat sesumpah yang boleh bertukar warna di mana saja ia berada.

Bagi Pas dan DAP ia amat sukar untuk menjadi sesumpah kerana asas perjuangan mereka agak kukuh serta wujud sejak berpuluh tahun lalu.

Justeru jika dikaji perkembangan mutakhir ini, Pas kelihatan amat tersepit di antara DAP dan PKR kerana dasarnya semakin tenggelam di tiga negeri yang dipimpin oleh pakatan rakayat kecuali Kelantan dan Kedah.

Dasar perjuangan Pas semakin lama semakin hilang ditelan pengaruh dua parti ini. Anwar yang diyakini dapat memainkan peranan menyatukan kesemua parti politik ini tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Ketua Pembangkang dilihat lebih mementingkan tuntutan DAP dan desakan ahli bukan Melayunya.

Disebabkan sifat Anwar seperti 'sesumpah', Pas kini berhadapan dengan krisis kepimpinan di mana parti itu terbahagi dua, konservatif dan 'erdogan'.

Kumpulan konservatif adalah golongan yang masih berpegang kuat dengan dasar perjuangan parti itu di mana ia mesti dilaksanakan walau apa cara sekali pun.

Kumpulan 'erdogan' adalah kumpulan yang lebih memintangkan kerjasama kuasa daripada asas perjuangan, jadi mereka melihat keharmonian dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa mengalah dalam banyak hal. Kumpulan ini dikatakan ditunjangi oleh beberapa pemimpin seperti Husam Musa, Khalid Samad, Shaari Sungib dan Kamarudin Jaafar - hubungan mereka dengan Anwar dikatakan amat rapat sehingga akur dengan semua arahan yang diberikan.

Penulis melihat ini sebahagian daripada strategi Anwar untuk menguasai Pas bagi memudahkan laluannya untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. Mudah cerita Anwar adalah penyebab kepada krisis kepimpinan Pas sekarang.

Persoalannya jika kumpulan erdogan berjaya menguasai Pas ke manakah arah tuju parti itu selepas ini. Banyak perkara yang berlaku mutakhir ini seperti di Selangor menunjukkan parti itu terlalu mengalah demi menjaga hati rakan-rakannya.

Jika Pas sanggup mengalah dan mengorbankan dasarnya di mana jati diri parti itu, apakah selepas ini Pas tidak lagi memperjuangkan Islam dan senada dengan DAP dan PKR mewujudkan Malaysian - Malaysia.

Puak konservatif perlu bertindak segera sebelum mereka terus hanyut dan mabuk dilautan kuasa. Mereka seharusnya membunuh 'sesumpah' yang merosakkan parti dan mengkhianati penyokong-penyokong setia yang mahu melihat dasar parti ditegakkan.

Tidak rugi sekiranya Pas keluar dari pakatan kerana mereka masih mempunyai penyokong setia dan jentera yang kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Pas perlu berani membuat keputusan ini, apa guna berkawan jika kawan makan kawan.

Daripada hujah-hujah ini ia jelas menunjukkan pakatan itu telah retak dan menanti belah. Tidak mampu diselamatkan lagi, perlu diingat Anwar adalah sesumpah yang sering bertukar warna demi mencapai cita-citanya walau apa cara sekali pun termasuk menggadai rakan karibnya yang membantu ketika susah.

*Mungkin Pas dan UMNO akan bersatu semula kerana dasarnya yang tidak jauh berbeza. Melayu adalah Islam.

wasalam.

Thursday, November 27, 2008

Hebatnya Wook Kundur


Aku rasa semua wanita kena belajar dengan nenek wook kundur yang berumur 106 tahun yang masih kuat dan gagah untuk melayan suaminya, 'abe' Mohd. Nor Musa yang 69 tahun muda daripadanya.

Kata wook, layan suami ada maknanya.... pertama - layan makan minum dan pakaian. kedua - layan tempat tidurnya.

Aku angkat tabik dan salut dengan kehebatan nek wook yang mampu buat kerja seperti wanita lain. tapi bab layan tempat tidur aku rasa agak lain sikit.
Aku pun kesian juga sebab sebelum ini dua-dua kena tipu dengan orang yang mengaku wartawan dan janji nak bagi kereta atau duit RM4,000. Pasal ditipu nek wook tak nak lagi jumpat reporter.

Korang tengok dan baca la sendiri dalam http://www.utusan.com.my/ atau www.kosmo.com.my

*terfikir macam mana nek wook layan abe nor di tempat tidur.
*nak suruh bini aku gi minta petua kat nek wook bagi lambar menopaus... muahahaha

Wednesday, November 26, 2008

Penyakit mim alif lam sin

Penyakit lama aku datang balik pada musim tengkujuh kali ini. Penyakit yang amat susah untuk diubati. Aku amat kecewa kerana penyakit ini amat sukar diubati ditambah dengan keadaan cuaca yang sejuk ini sehingga tiada posting yang mampu dibuat. Mohon pertolongan kengkawan untuk ubati penyakit

mim
+
alif
+
lam
+
sin
=
MALAS

Maafkan aku 'aban' Bidi


Terlebih dahulu aku minta maaf pada aban bidi sebab kena kejar dengan dua orang kakak. bukan aku tak nak backing tapi aku pun terpaksa lari kerana tak sampai hati dengar rayuan dua orang kakak nie. aku teramat serba salah.

Cerita dikejar oleh dua kakak ini bermula pagi ini ketika hujan renyai-renyai di perakarangan Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Pada ketika lebih kurang tujuh lapan orang wartawan yang base di kelantan antaranya, bidi (bernama) hakim (kosmo) faizal (bh) sheila (sinar) alina (nst) dan zaki (tv9) cover satu kes di mahkamah ini.

Kes melibatkan seorang lelaki merogol wanita oku (mungkin lembam - kata pendakwaraya) yang berlaku pada 12 Nov. di Tanah Merah. adegan ini berlangsung kurang lebih 30 minit sebelum berjaya melepaskan diri.

Kami seperti biasa selepas mahkamah bersidang akan berbincang di luar mahkamah untuk melengkap maklumat dan pada masa yang sama jurugambar menjalankan tugas merakamkan gambar orang kena tuduh (okt).

Selepas okt di bawa masuk ke dalam lokap, dua orang wanita datang berjumpa dengan jurugambar nst, fathil dan memohon supaya gambar itu dipadamkan.

Aku dari jauh melihat gerak geri wanita terbabit yang bercakap dengan fathil dan dapat mengagak apa yang berlaku. secara tiba-tiba mereka berdua datang ke arah kami dan meminta supaya kes tersebut tidak dilaporkan oleh media.

"tolong encik jangan buat cerita ini, dia bukan orang senang, saya cuma kesian dekat isteri dia ni (sambil menunjukkan wanita di sebelahnya) macam mano nak cari make selepas ini.

"Demi allah saya cayo dia tak buat, dia terkena buate ore, ore letak benda dale air dia minum sampai tak sedar," katanya.

Bidi menjelaskan bahawa kami terpaksa melaporkan kerana ia sebahagian daripada tugas, aku yang mendengar penjelasan bidi mula angkat kaki kerana takut terperangkap dalam situasi itu.

Aku faham penderitaan yang ditanggung oleh keluarga okt. memang malu dan aku amat simpati sebab itu aku angkat kaki.

Tapi malang bidi dengan pantas menjawab, "Kakak gi kecek ngan bos saya tu (sambil menunjukkan kepada aku yang tengah berjalan untuk melarikan diri)."

Aku yang terkejut pantas menjelaskan aku bukannya bos dia dari agensi lain dan saya dari agensi lain. Bidi yang kelam kabut mendengar penjelasan itu cuba melarikan diri masuk ke dalam tandas lelaki tetapi malang pintu berkunci.

Kedua-dua kakak ini kemudian mendekati bidi, bidi pula membuntuti aku dan kakak itu terus mengejar sehinggalah ke depan pintu pagar mahkamah, aku tengok bidi jadi kesian pula. Jadi aku mendekati bidi untuk membantu memberikan penjelasan. tapi kakak itu terus merayu dan meminta supaya berita itu tidak dilaporkan.

Dipendekkan cerita kakak itu kemudian mengalah walaupun beberapa kali meminta nombor telefon bos kami untuk menjelaskan hal yang sebenar.

Aban bidi aku minta maaf sebab tak bantu dari awal. jiwa aku kecil, aku kesian dan simpati tetapi apakan daya tugas memaksa aku untuk terus menulis walaupun memberikan kesan yang amat besar kepada keluarga okt.

Aku terpaksa melaporkan cerita ini bukan saja demi tugas tetapi sebagai pengajaran kepada yang lain diluar sana.

Aku juga berharap kata-kata kakak itu benar dan dapat dibuktikan di mahkamah nanti untuk membersihkan namanya.

Inilah tugas yang terpaksa dilalui oleh wartawan, 'dikejar - mengejar, dihina -menghina, dikeji -memuji.


wasalam.


Saturday, November 22, 2008

Hujan dan rezeki

Sepanjang perjalanan dari rumah aku di Kota Bharu menuju ke Sik, Kedah hujan lebat yang teramat sangat. Seperti biasa aku jangkakan disebabkan hujan jalan raya timur barat akan teruk berlubang sana-sini macam ada periuk api.

Tapi tak apa sebab aku dah biasa dengan jalan itu tidak jadi masalah sangat, boleh drive dengan steady lagi. Selepas semalaman aku berada di Kedah, aku balik semula ke Kota Bharu. Perjalanan agak lancar tidak ada hujan cuma mendung saja.

Bagaimanapun sepanjang jalan itu, aku tengok ramai kontrak sedang sibuk untuk baiki jalan. Persoalan yang timbul kenapa sekarang baru naik baiki jalan, masa musim hujan baru sibuk. Kenapa tak baiki awal-awal lagi supaya jalan tak rosak teruk bila tiba musim hujan.

Maka kepala otak aku pun membuat kesimpulan (aku rasa betul), ini semua kerja nak cari duit cepat sebab kalau baiki masa musim hujan, jalan yang baru diturap itu tidak dapat tahan lama. Dan kerajaan pun aku keluar tender projek baiki jalan baru, maka kontrak yang sama akan dapat projek dan bertambah la keuntungan dia.

Yang ruginya rakyat, bayar road tax mahal tapi jalan macam itu juga, kepada kerajaan fikir dengan baik sebelum keluar tender, jangan tunggu hujung tahun baru nak beri kontrak baiki jalan sebab nak habiskan bajet yang ada.

harap kerajaan yang cekap, adil dan amanah.

wasalam

Jelapang ba alif ba ya...

Dua hari lepas (khamis dan jumaat) aku balik kampung di Sik, Kedah. Aku balik kena time pada masa tu Dewan Undangan Negeri Kedah bersidang dan mengumumkan projek ternakan babi moden di Bukit Selambau.

Maka kecohlah orang-orang Kedah pasal babi, sana-sini, kedai-kedai kopi semua bercakap pasal najis mughalazah nie... macam-macam fatwa la keluar. Yang menarik sekali, pasal binatang nie jugak la orang Pas di kampung aku tak berani angkat muka, kata sepupu aku, semunya jalan tunduk dah tak nak tengok 'bulan' lagi.

Bagi aku mudah, rakyat Kedah kena terima la projek ba alif ba ya nie sebab dia yang pangkah nak kerajaan yang ada la nie. Jangan marah terima ja la.... dan aku cadangkan supaya negeri Kedah yang terkenal dengan 'jelapang padi' ditukar kepada jelapang babi - seperti kata amir, wartawan Kosmo Negeri Sembilan yang telefon aku semata-mata nak bagi nama baru ini kepada Kedah.

Orang Kedah jangan merungut pasal ba alif ba ya nie... kena terima dengan hati terbuka kalau tak puas hati nanti tukaq la kerajaan baru yang ada dacing baru dia buat keputusan adil (bukan parti bulan sabit dua yang tertonggek tu).

Ok orang Kedah jangan marah, jangan demonstrasi nanti tukaq kerajaan baru la....

wasalam.

*nasib baik duduk di Kota Bharu kalau tidak kena JE pula...