Gagal hadir tuduhan khalwat, waran tangkap terhadap Ako
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Mahkamah Rendah Syariah Gombak dekat sini hari ini,
mengeluarkan warna tangkap terhadap pelakon, Ako Mustapha kerana gagal hadir untuk tuduhan khalwat yang dihadapinya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhw27sOG3I74B7uGF3gbHNJcIiTVXmL4rpp2Dz3Qgcy44_68KKuDYI8RQUSPWiJhEzdQkbKp3C4jS9FigNn6jy02F_Unj10-kMeRbGyffbpfeCme3yqkWjFVMQU11cpX50XGzKNHgddS-I/s320/ako.jpeg)
Ako, 37, yang baru berkahwin Sabtu lalu didakwa berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada 27 Jun 2007. - Utusan
Cerita 2
Norman, Memey mengaku tak bersalah atas tuduhan khalwat
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Aktor popular, Norman Hakim dan pelakon muda, Memey Suhaiza masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan khalwat pada Oktober tahun lalu.
Norman, 33, dan Memey, 21, didakwa berkhalwat pada pukul 3 pagi, 30 Oktober tahun lalu di alamat 4-1A Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, Gombak, Selangor dekat sini.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 3 Mac ini untuk perbicaraan.
Beliau juga membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin kakitangan awam. - Utusan
Apa nak jadi dengan artis sekarang......*malas aku nak canang muahahahaha
2 comments:
nak jadi artis "TERBAIK"...terbaik dari segi lakonan..emosi...perasaan...gesture..
pemakaian...
Diamilikku - entahlah ini yang jadi ikutan remaja la nie..
Post a Comment