![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0PbjpuKBSESQhpfNrCi4DZNvz3a_IH5OuAOL1MKSdBIQNNYJXl2E8vl5bF_abwnntIGX1veKfUEJjUjNk2x0ETgb5_WvcocElkDDtkc4WVfU8zaG4OHmZJGeuO9r6UFYFGD-iQ2MbnJ8/s320/serban2.jpg)
Atas dasar berpegang kepada prinsip dia menolak untuk membayar saman yang tidak sebesar mana itu. Baginya dia tidak melakukan kesalahan - menunggang motosikal dengan hanya memakai serban tanpa topi keledar.
Aku angkat tabik sebab dia tidak pernah goyah dengan keputusannya walaupun tahu penjara biar sesaat sekali pun amat memeritkan.
Aku melihat kes ini dari dua aspek :
Pertama - dari segi perundangan dia memang bersalah di sisi kerana tidak memak
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5j4vxflgt12BOVBtkIjRdsU2nar2Nbvx3WoDDi7l37kp_wYBX_LodcIjmdmNNS1OESD-0f936-PoeNyQmC8gfFcRO9hDfIJVxsTBPbmOtw0eTIdFj9X_OAd5ZAeT3yhVb0TrSQhCPMdA/s320/serban.jpg)
Bagaimanapun terdapat kekaburan pada istilah lebai. Siapa yang wajar dipanggil 'lebai' - adakah orang yang memakai serban dan pelajar sekolah pondok boleh dipanggil lebai. Kekaburan ini wajar diperjelaskan dan kes ini amat menarik untuk diketengahkan bagi membuka mata penggubal undang-undang.
Kedua - dari aspek agama, memakai serban adalah sunnah rasulullah dan ini tidak dapat dipertikaikan oleh
sesiapa pun. Atas prinsip ini memang wajar dia mempertahankan pemakaian serban. Tetapi adakah undang-undang mengenal prinsip ini.
Bagi aku dalam kes ini, yang tiada timbang rasa adalah polis yang menyaman Ahmad Nasir, memang benar undang-undang atau peraturan berkata begitu tetapi kita ada timbang rasa. Tanpa timbang rasa manusia akan kalut.
Pun begitu tindakan sahabat-sahabat Ahmad Nasir di luar mahkamah menimbulkan sedikit kesangsian dan mungkin bagi bukan Islam akan melihat seolah-olah mereka ini golongan ekstrimes.
Tindakan beberapa orang berserban di dalam mahkamah memaki hamun polis, 'polis babi' dan 'polis binatang' juga keterlaluan dan menunjukkan seolah-olah serban yang besar tiada guna.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikKtujkDEsGG-GSrYavMP88-betpd1Y1vR8Hmbb25xPp8-HwQBv7828i-BSFQ3tkHgaVKhKJ3DqD5dOP05NQS3wcL7fAwNQLUQzi5yqI0D-16NBd48eKdG2gvaWrhF5OTNBq75-G7pZxk/s320/serban3.jpg)
Pertuduhan:
Ahmad Nasir disaman kerana menunggang motosikal kira-kira pukul 6.30 petang, 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar.
Dia disaman kerana menyalahi Kaedah 4 Motosikal (topi keledar) 1973 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, seksyen itu memperuntukkan denda sehingga RM2,000 atau penjara enam bulan.
*Kekalutan cipta peraturan, Peraturan cipta kekalutan....
*** pix by wak rosni
5 comments:
cis..terlepas aku kes nih..
kadang2 org berserban/berlebai anggap diri depa berpegang pada Islam sebenar..tapi depa lupa..kita semua adalah manusia..tidak ada yang lebih sempurna melainkan Allah...islamic hanya pada pakaian..tapi tingkah laku??? pertuturan??? pemikiran??? semuanya tak pernah selari dengan konsep islamic...
manlukeman - hehehe sape suruh ko off
Diamilikku - memang benar, ini yang mewujudkan presepsi negatif terhadap Islam
penat2 tunggu dari pagi sampai petang, last2 pakai 3 para je...
wan fai - hahaha aku pun sama
Post a Comment