Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Monday, February 23, 2009

Blog hina Malaysia....




Sewaktu aku mengunjungi Jakarta pada tahun lepas, aku terbaca muka depan akhbar kompas yang bertajuk 'pakcik jangan curi angklong kami'. Akhbar itu dengan jelas meniupkan semangat bencikan Malaysia. Kata akhbar itu, Malaysia cuba untuk mendapatkan pengiktirafan uniseco untuk mewartakan angklong sebagai warisan negara ini.

Aku pelik apa motifnya untuk membangkitkan rasa benci rakyat Indonesia kepada Malaysia, sedangkan rakyat di negara ini tidak pernah ambil pusing tentang angklong atau pun lagu rasa sayang (satu ketika menjadi perdebatan hangat).

Bagi rakyat negara ini, Indonesia adalah suadara serumpun dan seagama tidak terlintas sedikit pun untuk membenci keseluruhan rakyat negara itu.

Ada yang mengatakan rasa benci dan tidak puas hati ini dicetuskan oleh pihak ketiga yang bimbang sekiranya Malaysia dan Indonesia menjadi akrab dan membentuk satu pakatan yang utuh di rantau ini. Pihak ketiga itu dikatakan sebuah negara kecil yang terhimpit di tengah-tengah rumpun Melayu.

Dikatakan ini cara terbaik untuk menghancurkan perpaduan yang diantara kedua-dua negara ini, Indonesia ibarat abang besar kepada Malaysia, pun begitu sebagai adik, Malaysia tidak semestinya kurang cerdik ataupun lebih miskin daripada abangnya.

Rakyat Indonesia perlu menerima hakikat Malaysia sudah berada beberapa langkah di hadapan mereka dan tidak salah sekiranya mereka belajar dari adik yang kecil ini.

Entry ini ditulis sebagai respon kepada paparan dari blog .http://mazidulakmal.blogspot.com dan http://manlukeman.wordpress.com yang mendedahkan mengenai satu blog, http://id-top.blogspot.com indonesia yang menghentam Malaysia secara membabi buta.

*malas aku nak komen banyak, korang baca la blog itu sendiri..

Friday, January 23, 2009

Israel serang Iran....

Perang di Gaza muslihat Israel serang Iran

SETELAH menyerang Genting Gaza dan mengakibatkan lebih 1,300 penduduk Palestin terbunuh dan lebih 4,500 yang lain cedera, apa pula tipu muslihat rejim Zionis Israel selepas ini?

Operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza itu sebenarnya bersifat strategi serampang dua mata. Pertama, untuk menghukum Hamas kerana terus melancarkan roket buatan sendiri ke wilayahnya. Kedua, untuk memastikan tenteranya bersiap sedia untuk melakukan misi yang lebih utama iaitu menyerang Iran.

Operasi ketenteraan di Genting Gaza merupakan latihan sebenar untuk tenteranya setelah mereka selesai menjalankan latihan besar-besaran dua bulan sebelum itu bagi misi menyerang Iran.

Israel sememangnya tidak berpuas hati selagi program nuklear Iran yang dimulakan sejak 2002 tidak dihapuskan. Rejim itu tidak mahu Iran membayangi kedudukannya sebagai gergasi ketenteraan di rantau Asia Barat.

Setelah rejim Saddam Hussein tumbang, Israel merasakan Iran bukan sahaja mampu menggugat kedudukannya itu tetapi mengancam keselamatannya.

Selain itu, Israel tidak begitu senang dengan kenyataan-kenyataan keras Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad terhadap negara itu.

Ahmadinejad pertama kali mengeluarkan kenyataan keras ialah lima bulan selepas menjadi Presiden Iran pada akhir Oktober 2005 agar Israel dihapuskan.

Kini timbul persoalan apakah rejim itu bersungguh-sungguh untuk menyerang Iran atau semata-mata mahu menggertaknya. Jika dilihat kepada pendirian Israel sejak 1948, rejim itu tidak pernah bergurau tentang segala tindakannya terutama apabila kepentingan, kedudukan dan keselamatannya terancam.

Israel juga tidak pernah mempunyai pertimbangan politik, diplomasi mahupun perikemanusiaan.

Daripada persiapan yang sedang dilakukan oleh Israel termasuk mengadakan kempen latihan tentera besar-besaran di selatan Mediterranean dan Greece, Israel bukan bergurau dalam hal itu.

Pegawai kanan AS mengesahkan Israel mengadakan latihan tentera besar-besaran melibatkan lebih 100 pesawat pejuang F-16 dan F-15 sejak minggu pertama bulan ini sebagai persiapan menyerang Iran. Persoalannya apakah Iran sedar permainan Israel ini?

*hancurkah bumi Islam di Arab nanti?


Tuesday, January 20, 2009

Palestin menang??????


"Kita telah berjaya menghentikan serangan dan musuh gagal mencapai sebarang matlamatnya,"
Ketua Kerajaan Hamas, Ismail Haniyeh.

"Dalam tempoh beberapa hari lepas, kita menyaksikan imej yang amat menjijikkan, berdarah dan menyakitkan, pembunuhan secara terang-terangan di hadapan mata dunia oleh penjenayah kejam yang tidak berhati perut tanpa belas kasihan," Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz ketika menyumbangkan derma sebanyak AS$1 bilion (RM3.6 bilion).

Menangkah Palestin.....
Apa guna RM1 bilion....
Membina untuk menghancurkan...


Inikah wajah-wajah Kemenangan.....



Wednesday, January 14, 2009

Pesanan terakhir seorang ibu.......

Wahai Saudara Islam Ku Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibunya yang dalam keadaan kritikal

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.



























Jahanam Israel...
*tak sanggup aku melihat gambar ini untuk kali kedua...
Terima kasih kepada pengirim e-emel ini....

Golok: Hiburan dan Bom

Awal pagi ini aku mendapat panggilan daripada seorang teman berhubung dua butir bom yang meletup di kompleks CIQ Golok.

Apa lagi aku bersama jurugambar, Wak Rosni dan bos Kosmo! Zaid bergegas ke tempat kejadian sebabnye letupan kali ini berbeza kerana berlaku betul-betul dipintu masuk sempadan Malaysia - Thailand.

Ini kali pertama aku memijak kaki di Golok walaupun sudah hampir 20 tahun aku bertugas di Kelantan. Rasa teruja yang teramat sangat sebab nak tengok bandar yang penuh mencabar ini.

- Kereta aku di depan CIQ Golok yang lama

Apa tidaknya di sini ada hiburan duniawi yang paling hebat dan di sini juga penuh pergolakan.

Bila sampai di sana aku memasuki kawasan CIQ Golok untuk melihat di mana letupan yang dikatakan berlaku pada pukul 6.30 pagi waktu Thai (7.30 pagi Malaysia).

Aku tengok kesan letupan itu tidaklah sebesar mana (tapi kalau ada orang kat situ mati juga). Ia memusnahkan empat buah pos kawalan kastam yang belum lagi pun di pasang letaknya pun kira-kira 40 meter dari tempat CIQ yang baru dibina dengan nilai RM16 juta.

Kompleks CIQ Thailand yang baru dan lebih cantik itu dijangka akan dibuka sepenuhnya kira-kira lima bulan lagi.







Mungkin sudah biasa, aku tengok penduduk di situ macam biasa je, tak de apa sebarang perubahan walaupun bom itu meletup di tepi jalan berhampiran dengan laluan utama mereka untuk ke Rantau Panjang.

Bagi aku bukan kecil atau besar letupan ini, tetapi ia memberi impak kepada Malaysia kerana letupan itu semakin hampir dengan negara ini tidak jauh tidak sampai 500 meter ke pintu masuk Malaysia.

Aku bimbang budaya letup meletup ini akan merebak ke Malaysia pula....

(pix by wak rosni)


*macam best je Golok... tapi takut kena letup... muahahaha

Friday, January 9, 2009

Yahudi dalam kehidupan

Setelah 13 hari Israel terus menyerang dan membunuh membabi buta rakyat Palestin dengan sokongan kuat Amerika Syarikat (AS). Umum tahu orang Islam di seluruh dunia tidak mampu untuk melawan dengan dua dajal dunia itu kerana kekuatan senjatanya.

Justeru itu, umat seluruh dunia diseru supaya memboikot barangan keluaran Israel dan AS sebagai senjata untuk melumpuhkan ekonomi negara itu. Aku amat bersetuju dengan tindakan memboikot itu, lalu aku mula mencari barangan keluaran negara itu sebagai panduan untuk tidak membelinya.

Tetapi selepas aku menilitinya rupa-rupanya hampir 80 peratus barangan yang aku gunakan adalah keluaran Israel dan AS. Bermula dari buka mata sehingga tutup mata (tidur) hampir kesemuanya menggunakan barangan negara itu.

Dibawah catatan diari aku, isteri dan anak aku.

Aku

Bangun pagi aku menggunakan ubat gigi jenama Colgate, isteri aku membuat sarapan dengan menggunakan gas keluaran Shell, selepas minum pagi aku menyedut asap berjenama Marlboro sebelum ke pejabat untuk berbau harum aku gunakan pewangi berjenama Tommy Hilfiger dan Dunhill.


Untuk kemudahan dan nampak cantik aku gunakan telefon jenama Motorola dan Nokia - sebabnya firendly user.

Di pejabat pula aku gunakan komputer jenama Dell yang menggunakan perisian Microsoft. Masa atas gelanggang futsal untuk beriadah aku pakai jersi dan kasut jenama Nike, sebabnya nak bagi nampak gaya macam Christiano Ronaldo. Bila dah letih main futsal kekadang minum Coca-Cola.

Cerita kegemaran aku mesti arahan atau terbitan Stephen Speilberg - aksinya macam real. Drama kegemaran aku ialah Lost dan Las Vegas kedua-duanya keluaran Hollywood. Kekadang tukar chanel tengok dokumentari National Geographic. Kekadang juga aku isi petrol kereta jenama Shell sebanya aku suka pasukan F1 Ferrari.

Chinta dan Kasih

Anak aku pula celik mata minta susu keluaran Nestle, selepas itu mandi, guna mandian jenama Johnson & Johnson, siap mandi pakai bedak jenama yang sama. Bila dah wangi dan cantik pakai baju jenama Disney sebab terpengaruh dengan kartun.

Anak yang sulung namanya Aisya Chinta Sophia, 4, minatnya Barbie sampai cita-cita nak jadi macam princess sebab cantik. Anak kedua namanya Aisya Kasih Khadeeja, 3, minatnya Pooh.

Bila semua dah tenang anak aku duduk depan tv buka chanel 612, Disney Network, tengok kartun Mickey Mouse dan Barney. Aku yang ajar tengok chanel tu sebab nak bagi power English - silap aku juga.

Bila bosan ajak aku keluar, katanya nak makan McDonald dan KFC.

Bila balik rumah ada duit syiling aku bagi dekat dua puteri aku itu suruh masukkan dalam tabung yang ada gambar Mickey dan Minnie keluaran Disney juga.

Bila dah letih main nak tidur pula, yang Chinta nak bantal peluk Princess dan yang Kasih nak bantal peluk Pooh. Boleh dikatakan hampir 90 peratus anak aku suka dan pakai barangan produk Disney.

Isteriku

Isteri aku pula celik mata saja sama dengan aku juga, gosok gigi guna ubat gigi jenama Colgate.
Cuci muka pula pakai produk Clinique, katanya berkualiti tinggi dan kulit lagi halus serta licin.
Untuk menyerlah kecantikan sebagai wanita ditambah dengan bedak dan lipstik Maybelline sebabnya sama.
Nak bagi wangi pakai perfume jenama Lancome, katanya bau manis.
Kadang-kadang sebab terlalu letih je, wife aku masak Maggi je, mudah, ringkas dan rasanya boleh tahan.
Isteri aku pula syorkan supaya membeli Kit Kat atau biskut Danone untuk anak-anak aku takut mereka lapar atau senang nak pujuk.
Ambi Pure pula diguna untuk bagi wangi rumah dan kereta. Bila gi KL (sebab di Kelantan tak ada) ajak aku minum di Starbucks katanya kopi di situ sedap.

***********
Ini merupakan sebahagian daripada barangan yang aku ingat. aku rasa ada banyak lagi yang tercicir tapi inilah realitinya hampir seluruh kehidupan kita begantung kepada Yahudi dan AS.


*Termenung apa yang harus aku boikot.....

Wednesday, January 7, 2009

Israel Dajal... Amerika Syarikat Dajal


ISRAEL DAJAL !!!!!!!!!!!
US DAJAL !!!!!!!!!!!!!!!!!!

LAKUKAN TUGAS ANDA BOIKOT BARANGAN ISRAEL....
INGAT WAJAH-WAJAH INI....
INGAT KEKEJAMAN ISRAEL..
PASTIKAN ISRAEL DAN US JAHANAM













*utk mendapatkan senarai barangan sila rujuk :
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Friday, November 7, 2008

Amerika tetap Yahudi



Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melantik Rahm Emanuel sebagai Ketua Staff, jawatan terpenting dalam White House.

Sebuah akhbar di Israel turut menganggap Emanuel yang berketurunan Yahudi sebagai `orang kita di White House.’

Stesen-stesen radio dan akhbar Israel menyatakan bapa Emanuel dilahirkan di Baitulmaqdis dan pernah menjadi anggota sebuah pergerakan bawah tanah Yahudi, Irgun yang menentang askar-askar British sebelum penubuhan negara Israel.

Menurut sebuah stesen radio, Emanuel sendiri secara sukarela berkhidmat dengan tentera Israel dan bertugas selama dua bulan di sebuah pangkalan di utara Israel dalam Perang Teluk pada 1991.

“Adalah jelas bahawa beliau akan menggunakan pengaruh ke atas Presiden (Obama) supaya menjadi pro-Israel,” kata bapa Emanuel, Dr. Benjamin kepada akhbar Maariv di Israel.



Sama dengan telahan aku dalam posting sebelum ini - tahniah mr obama.

Thursday, November 6, 2008

Tahniah Mr. Obama


Angkat tabik tanda tahniah kepada Mr. Obama, mencipta pelbagai rekod dalam sejarah Amerika Syarikat. Kemenangannya sebagai manusia yang paling power di dunia ini disambut meriah diseluruh pelusok dunia sampai orang di Bandar Obama, Jepun turut bergembira (pada hal tanda kena mengena cuma kebetulan nama sama je). Bagi aku kemenangan Obama tak ada apa sangat sebab dibelakangnya sama YAHUDI... Obama hanya topeng. Kalau ada sedikit perubahan terhadap layanan kepada negara-negara Islam itu pun aku sudah cukup bersyukur. Aku tidak berharap lebih dari itu daripada Obama.

Satu perkara yang pelik juga berlaku di Malaysia apabila ada juga manusia yang cuba ambil kesempatan. Manusia ini tidak lain dan tidak bukan Lim Kit Siang, dia anggap kemenangan Obama menunjukkan US sudah berubah dan tidak lagi mengamalkan prinsip perkauman. Jadi Malaysia pun kena berubah macam itu juga, bukan Melayu boleh jadi PM juga.

Bagi aku saranan dia tidak boleh dipakai sebab suasana di sini dan US amat berbeza. Kita baru 50 tahun merdeka manakala US merdeka lebih dari 200 tahun. Kita patut hormati undang-undang dan perlembagaan yang ditetapkan. Jangan terikut-ikut sangat dengan gaya barat.

Untuk menyelamatkan Malaysia aku syorkan supaya Kit Siang dan kuncu-kuncunya di buang negara, kalau tidak mereka akan terus merosakkan perpaduan negara.