Sunday, October 19, 2008

Kesiannya Khairy...

Ketika kempen untuk pemilihan pemuda UMNO Bahagian Sik berlangsung, dua kem yang bertanding cuba untuk menjauhkan diri daripada Khairy Jamaluddin (KJ). Masing-masing membuat tuduhan kem ini dan itu orang KJ. Ini disebabkan ramai yang melihat pemuda bahagian ini mempunyai kubut kuat KJ disebabkan hubungan akrab di antara bekas ketuanya dengan menantu PM itu. Maka berlakulah saling tuduh menuduh. Mereka bimbang sekiranya dilihat sebagai orang KJ akan ditolak oleh perwakilan. Maka berlaku tuduh menuduh dan masing-masing mengakui penyokong setia Datuk Mukhriz Mahathir. Ia disebabkan tren perwakilan di Kedah pada masa kini. Malah sampai saat akhir sebelum persidangan bermula, ada yang berkempen dari rumah ke rumah perwakilan mengatakan kem lagi satu orang KJ.
Saya pun menolak siapa saja yang bersengkongkol dengan Khairy. Sampai sekarang saya tidak tahu kebenaran siapa penyokong tulen Mukhriz dan sebaliknya.

Kesiannya dan hinanya Khairy semua orang Kedah cuba menjauhkan diri darinya, entah pada dosanya pada kita pun tidak tahu, cuma persepsi buruk tentangnya kedengaran. Apa pun, episod Khairy ini satu pengajaran kepada kita supaya jangan terlalu menunjuk-nujuk dan cuba menjadi jaguh.

*Rasa dapat teka siapa orang Khairy.

5 comments:

manlukeman said...

ada bakat jadi Ketua Pemuda ni

wanfai said...

ketua pemuda mende... timb presiden kelab wartawan kelantan..

Azran Fitri Rahim said...

tak nak la timb presiden kawan nak jadi timb presiden umno

wanfai said...

slow2 la... pegang jawatan timb presiden kawan dulu, lepas tu barulah intai jawatan lagi tinggi... kalau cepat naik nanti cepatlah kena cantas

Azran Fitri Rahim said...

aku nak jadi mcm idola aku KJ... hehehe