Sunday, May 3, 2009

Genderang perang bermula

Lebih seminggu saya mengikuti secara rapat perkembangan yang berlaku dalam Pas. Maka dicelah itu pelbagai perkara yang berlaku.

Suhu pemilihan Pas yang berbaki kurang lebih tiga minggu lagi semakin meningkat dan genderang perang makin kuat dipalu oleh hulubalang-hulubalang puak-puak tertentu.

Jika sebelum ini, kita melihat Nasharuddin diserang hebat oleh golongan Erdogan yang diketuai oleh Husam Musa, kini giliran Nasharuddin yang mewakili golongan ulama pula bangkit mempertahankannya dan sesekali menyerang dan menyerang lagi dengan hebat.

Gerakan Nasharuddin sudah bermula dengan senyap dan ia kian merebak dari masjid ke masjid, markas ke markas dan warung ke warung dan menyelinap masuk ke roh Pas di seluruh Kelantan.

Dan pada masa yang sama hulubalangnya yang selama ini tidur telah dikejutkan dan bingkas bangun menggalas senjata untuk memastikan ketuanya akan terus bertahan daripada diganggu gugat oleh golongan Erdogan.

Ia bermula dengan Nik Abduh kemudian diikuti dengan Duad Iraq dan Nik Amar dan esok, Takiyuddin.

Sebenarnya, gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan ulama telah lama bermula dan dari saf kepimpinan mereka melihat titik yang paling lemah adalah Nasharuddin kerana sikapnya yang berlemah lembut.

Soalnya, mereka lupa kenapa Nasharuddin berdiam diri selama ini?. Ia disebabkan beliau tahu kedudukanya sebagai orang nombor dua dan tidak perlu berbuat bising, apa yang penting buat kerja, kerja dan kerja.

Erdogan pasti akan berhadapan dengan tugas berat biarpun dari sisi pungutan suara untuk mendapatkan pencalonan mereka mendahului. (Mungkin juga apa yang terjadi pada Mukhriz disiarkan semula dalam versi Pas).

Bagi saya pertandingan jawatan timbalan presiden Pas hanya terarah kepada dua calon iaitu Husam dan Nasharuddin. Baki tiga lagi calon tidak akan memberikan impak besar dan saya percaya mereka pastikan akan menarik diri.

Pun begitu, saya percaya pergolakan ini hanya berlaku diperingkat tertinggi dan ahli-ahlinya masih utuh menyokong perjuangan Pas - biar apa pun terjadi, tidak kira siapa di atas. Ia seperti dizaman kegemilangan UMNO, biar Tun Mahathir berperang dengan Tengku Razaleigh sekali pun - UMNO tetap utuh dan kuat.

Apa pun rakyat masih berharap Pas tetap dengan perjuangannya iaitu dipimpin oleh ulama, jika tidak Pas sama seperti UMNO tiada bezanya.

*Pening berfikir
kata nabil - lu fikirlah sendiri...

3 comments:

Anonymous said...

para terakhir menarik syeh..tiba-tiba aku dtg idea..hehehheee

Diamilikku said...

you're rite...
pas = ulama...
kalau tak..pas = UMNO...
takde bezanya....

sahabat gunung said...

Lama tak lawat blog hang. ... makin panas berapi.

Apapun, perjuangan yang ikhlas bukan datang dari UMNO mahupun PAS, PKR dan DAP jauh sekali.

Tetapi perjuangan yang ikhlas hanya datang dari hati seorang insan yang benar-benar mahu memelihara dan menaikkan syiar agamanya, memperkasakan bangsa dan mempertahankan negaranya dari dimasuki musuh luar.