Wednesday, April 29, 2009

Serangan panas Nik Abduh - satu strategi

Sejak beberapa hari lalu, seluruh negara gegak gempita apabila anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh menyerang pembantu-pembantu politik ayahnya.

Biar pun saya bukan orang yang pertama melaporkan apa yang diluahkan oleh Nik Abduh dalam blognya tetapi ia memberi kesan yang amat mendalam.

Secara peribadi saya melihat tulisan Nik Abduh amat bagus, tajam, tepat dan keras. Ia amat kontra dengan sikapnya yang rendah diri dan lemah lembut - agak sukar untuk mempercayai beliau pernah berjuang dengan mujahidin di Afghanistan.

Setelah membaca dan mengkaji perkataan-perkataan itu, saya telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta mendapat pandangan dari sudut berbeza.

Jawapan yang saya peroleh, seperti yang dijangkakan, kata ustaz muda itu; "ana sudah tulis, boleh ambil dari blog ana, tidak ada apa lagi, nanti ana akan jelaskan lagi."
Suaranya amat lemah lembut amat berbeza dengan tulisannya amat keras dan mendalam.

Kini, semua pihak tidak kira UMNNOnya, Pasnya, PKRnya, DAPnya, MCAnya, MICnya hatta Kimma bercakap dan menganalisis tulisan tersebut - kesimpulannya mungkin boleh dibuat begini, Pas sedang mengalami krisis di antara ulama dan profesional.

Tapi saya mempunyai pandangan yang berbeza. Saya simpulkan begini - tidak ada pergolakan dalam Pas.

Kerana apa? kerana ia hanyalah salah satu staregi untuk menarik simpati rakyat terhadap parti itu - reverse psychology.

Sebenarnya dengan cara menimbulkan isu begini sahaja mereka boleh berada di pentas media arus perdana dan untuk menarik perhatian rakyat di negara ini.

Dan dicelah itu juga mereka akan laungkan Utusan Malaysia buat hal lagi, putar belit fakta. Dan di sinilah mereka akan mendapat simpati disebabkan lagu ini memang berkesan untuk menarik pendengar-pendengar setia yang tidak tahu hujung pangkal.

Inilah strategi untuk meniupkan ribut palsu dan menutup keamanan dan kerja-kerja baik yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membantu rakyat. Fikirlah hujah ini kalau tidak benar pun mungkin ada sedikit kebenaran.

wasalam.

*tuan MSO terima kasih kerana mengkritik laporan saya dalam Mingguan Malaysia tempoh hari.

2 comments:

shahpaskal said...

Aku ni salah seorang manusia yang percaya PAS sedang berpecah. Tak sangka rupa-rupanya adalah disebaliknya...Thanks Bro, bab politik PAS ni kau memang handal. Boleh tak kau buat analisis mengapa hukum hudud tak dilaungkan lagi oleh PAS

Azran Fitri Rahim said...

Tq bro, bukan aku tak nak buat analisis pasal hudud tapi ini isu lama dan ramai sangat yang menulis pasal hudud.

Isu ini pun dah tak ada apa lagi, hanya satu yang pasti Pas menipu dan tidak berpegang pada janji.

Aku simpulkan - UMNO dan Pas sama, cuma Pas pakai baju jenama Islam dan UMNO pakai baju jenama Melayu.Itu saja tidak ada yang beza cuma UMNO sudah terbukti wibawanya dalam urusan mentadbir negara.