Thursday, March 19, 2009

Alif (a) Mim (m) Nun (n) Wau (u/o), Alif tendang Wau - SARKAS

Menarik petikan dari Ramlee dan Sudin dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Mungkin ramai tidak perasan petikan tersebut sebenarnya kalau diterjemahkan berbunyi begini, 'AMNU/O' (UMNO!).

Saya hanya perasan terjemahan kepada petikan daripada seniman agung dan rakan baiknya itu S. Samsudin apabila terbaca ruangan pendapat tulisan Dr. Sahrifuddin Lubis di muka surat 11, Utusan Malaysia 19 Mac.

Petikan itu jika ditenung dan dikaji mungkin benar dengan apa yang ingin disampaikan oleh Ramlee dan Sudin untuk UMNO pada hari ini yang seolah-olah bertukar menjadi parti SARKAS.

Dan mungkin juga benar seperti yang dikatakan oleh ahli akademik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, apabila alif (A) mim (M) dan nun (N), alif (a) tendang wau diterjemahkan menjadi Akhirnya Melayu Nazak.

Kedua-dua analogi ini boleh diterima akal jika dilihat situasi yang berlaku sekarang namun kecenderongan yang lebih tepat seolah-olah berada pada analogi pertama, SARKAS.

Kenapa dikatakan UMNO SARKAS? sedangkan saya sendiri seorang pendokong setia parti yang memperjuangkan umat Melayu itu. Saya melihat begini, berdasarkan tindak-tanduk pemimpin sekarang terutama pada lembaga disiplin ia memang tidak ubah menjadi bahan ketawa seperti mana badut-badut menghiburkan pengunjung SARKAS.

Mana tidaknya, banyak keputusan yang dibuat seperti badut, seperti yang dikatakan sebelum ini setiap yang bersalah perlu dikenakan hukuman, itu hukum alam, tetapi lembaga yang menjaga tataetika bertindak sebaliknya.

Mungkin disebabkan terpaksa, lembaga disiplin membuat keputusan 'bersalah' tetapi demi menjaga kepentingan individu tertentu dilembutkan hukuman dengan amaran keras.
Inikah yang dinamankan hukuman.

Tindakan yang dibuat oleh lembaga bukan hantu yang berwarna hitam ini memang baik dan murni, saya amat-amat menyokongnya demi memastikan UMNO bersih dan cergas sepenuhnya tetapi malang ada pertindihan dalam hukuman.

Apa saja alasan yang diberikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin tidak memberikan sebarang erti, malah ramai yang melihatnya sebagai amat jelek.

Tidak ada sebarang sebab untuk melepaskan sesiapa sahaja yang bersalah, kalau kesalahannya berilah hukuman yang ringan tetapi jangan dibiarkan begitu sahaja dan membebaskannya untuk melakukan kesalahan yang besar.

Kenapa harus badut membiarkan harimau dan ahli sarkas lain beraksi yang begitu lama sedangkan ramai yang mahu melihat badut terus mengawal sarkas tersebut.

Jadi, saya sebagai pemerhati kecil dari akar umbi menyeru kepada semua para perwakilan supaya berfikir semasak-masaknya sebelum memilih pemimpin pada persidangan nanti dan menolak sesiapa saja yang pernah disiasat oleh Lembaga Disiplin atau pihak berkuasa yang lain.

UMNO memerlukan pemimpin yang bersih supaya ia dapat menarik kembali sokongan rakyat kerana pada masa kini persepsi rakyat amat teruk. Kita tidak boleh lari daripada politik persepsi, jadi keputusan yang terbaik ialah menolak semua pemimpin yang memiliki persepsi buruk. Jangan biarkan badut berada dalam parti kita.


Buktikan Alif Mim Nun Wau bukan lagi SARKAS.

*Soalnya perlukah kita menerima Ali Rustam, Khairy, Norza, Azalina dan Khir (walaupun tak bersalah? tepuk dada tanya selera.
Thanks to maklukeman (http://manlukeman.wordpress.com) for the idea.

2 comments:

shahpaskal said...

setuju bro, ramai orang bengang...hanya diberi "Amaran Keras", malam tadi aku pi jumpa Ali Rostam kat Royal Adelphi, muka sedihhhh jeee, tal macam biasa, selalu senyum pada wartawan tapi kali ini macam mengelak kami.

Yang bengang, bila ada puak2 jerit Muhyiddin penipu...seolah-olah bersetuju kononnya Tan Sri mmg ada buat konspirasi jatuhkan Rustam

Azran Fitri Rahim said...

Shahpaskal - betul, sepatutnya semua yang bersalah perlu dihukum. jangan ada pilih bulu.