Saturday, March 21, 2009

Quotation menarik....

Sejak tujuh tahun aku menerjunkan diri dalam bidang ini, ada beberapa perkara yang aku takkan lupakan terutama quotation menarik semasa sidang akhbar.

Kebanyakan pemimpin dan selebriti ada gaya tersendiri ketika menjawab soalan terutama ketika diprovok.

Di bawah aku lampirkan qotation tersebut :

Tan Sri Isa Samad



Lokasi : rumahnya di Nilai
Masa : Lebih kurang 10.30 malam, 26 Jun 2005 (kalau tak silap la)
Tajuk : Reaksi selepas digantung Lembaga Disiplin - politik wang

Soalan aku - apa reaksi tan sri dengan keputusan lembaga disilin menolak rayuan tan sri?
Jawapan - Saya tertawa, awak tafsir sendiri. Saya tidak pernah hina UMNO, Tidak Pernah Ludah UMNO, tidak pernah keluar UMNO, jadi mengapa saya perlu buat come back.

Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik

Lokasi : Pejabat Parti Gerakan Negeri Sembilan
Masa : lebih kurang 10.30 malam (tarikh tak ingat tapi rasanya penghujung 2005)
Tajuk : Mengenai penubuhan Universiti Wawasan

Soalan aku - adakah kursus yang ditawarkan oleh universiti ini diluluskan oleh Lembaga Akriditasi Negara (LAN)
Jawapan - Lan, Lan, Lan.. cau lu.... hahahaha... apa punya wartawan bodoh ka... haiya bodoh la mestilah dapat... hahahaha sorry saya gurau saja... nanti u akan miss ini orang tua... boring kalau i serius saja (sambil tersembur air liur, hahaha aku memang miss p/c (press confrence orang tua ni), memang kelakar dengan rokok tak lekang di mulut).


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Lokasi : Jambatan Pok Nik Lah, Pengkalan Chepa
Masa : lebih kurang 12 tengah hari, Februari 2009
Tajuk : Elizabeth Wong.

Soalan aku - kenapa pakatan rakyat tidak mengambil tindakan terhadap elizabeth wong, kalau kena BN cepat desak suruh letak jawatan, kalau pakatan rakyat tak apa.
Jawapan - sebab orang tu tengok sebelah mata, dajal namanya tu (sampai hari ini aku tak faham maksud dia)




*Tiga quotation yang aku ingat sampai hari nie... yang lain tu ada tapi tak berapa ingat sangat mungkin tiga watak ini lebih menarik perhatian aku

4 comments:

Anonymous said...

hehehee..gua suka yg lim keng yaik..hahaha..lu citer byk kali pn gua still ble gelak ye..mcm filem p. ramlee daaa

ondscene said...

mengenai atuk lim tu, aku memang selalu cover pc org tua tu dulu2. dia isap rokok salem.sebelum pc, sekurang2 3 btg abis dia isap, baru mula pc. kalu nak start pc, dia selalu letak rokok tu bawah kerusi, kemudian selalu ingatkan, supaya kamera tak zoom kat rokok tu. "lu jangan kasi saya mati ooo..ini rokok takdak kasi mati, tapi itu big boss kasi saya mati ooo..."
selalu jugak dia mintak rokok aku, sebab nak rasa rokok tak sejuk katanya.
dia jugak panggil aku 'kamera bercakap' dan nak lebih sadis lagi, abg2 senior RTM, selalunya buat lawak, sapu mic dgn saputangan lepas abis pc, sebab takut air liur org tua tu ada melekat.. tapi, last2, org tua tu yg bagi saputangan kat press utk standby air liur dia...haru betul org tua tu.

Diamilikku said...

aku pun suka pc lim keng yaik..
tapi kena duk jauh2..coz aku tak tahan itu air lir tersembur...

aku ingat lagi keng yaik..masa pc kat shah alam..aku ada tanya kat dia satu soalan..dia balas kat aku..

u pk manyak baguss ahh.. u mau amik tempat saya jadi menteri ka???

best gila siottt..sampai sekarang aku masih simpan tape yang aku record pc tu...sejarah yang tak mungkin berulang

Azran Fitri Rahim said...

Kengkawan sebab itu la kita rindukan uncle Lim... satu benda yang lupa setiap kali pc mesti orang tak nak duduk dekat, kalau ada reporter yang duduk dekat mesti dia tanya u baru ke... hehehe orang lama takkan duduk dekat dengan uncle lim sebab air liur bersembur...