Wednesday, March 18, 2009

Disebalik Nik Nur Madihah



Aku percaya banyak cerita mengenai Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, pelajar terbaik SPM 2008 ditulis oleh blogger selepas kejayaan dan penderitaan hidupnya didedahkan oleh Utusan Malaysia.

Pun begitu aku rasa masih ada banyak yang tertinggal mengenai anak gadis luar biasa ini walaupun sebahagian besar kehidupannya telah aku ceritakan dalam dua laporan muka depan Utusan Malaysia pada 14 dan 15 Mac lalu.

Selepas cerita mengenai Madihah mula tersebar mula kedengaran cerita-cerita yang tidak sedap didengar (bagi wanita je, lelaki suke) di sebalik kehidupan keluarganya membabitkan bapanya.

Tak perlu aku ceritakan di sini cuma apa yang penting tugas aku untuk menunjukkan kemiskinan tidak akan menghalangnya untuk berjaya malah lebih baik dari orang lain dapat disampaikan kepada khalayak sebagai iktibar.

Beberapa perkara yang masih tidak diketahui umum:

1. Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari internet.

2. Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.

3. Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.

4. Adiknya yang ketiga merupakan pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi. Yang kedua belajar di Sekolah Menengah Teknik Bachok dan bekas pelajar MRSM Kota Putra. Kira cerdik-cerdik belaka.

5. Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu cabaran.

6. Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, puas untuk aku mengorek rahsia ketika wawancara itu dibuat, sepanjang tempoh itu Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa jawapan terpaksa aku kutip daripada ibu dan gurunya.

7. Madihah kata keputusan percubaan SPMnya teruk, 14 A dan 5 B. Teruk sangatlah tu...

8. Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa sangat walaupun bersesak dan beratap zink. Diakui oleh wartawan Kosmo, Bob.

9. Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD. Fuyoooo....

10. Utusan Malaysia hampir terlepas cerita Madihah ini, tetapi nasib baik ada kawan lain yang terbocor secara tak sengaja... huhuhu thanks for the info.

Cerita Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa, anak nelayan, anak penoreh, anak petani, anak peguam, anak doktor dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha dan belajar tanpa mengenal erti jemu.

Kadang-kadang rumah yang kecil boleh memberi ruang yang lebih luas dalam fikiran kita.

* Ondscene terima kasih atas komen tuan. Aku tak dapat masukkan entry ini lebih awal sebab terlalu sibuk - anak masuk hospital tiga hari bermula sabtu sehingga isnin.
pix by hafiz johari and zulhanifa sidek - own by utusan

4 comments:

ondscene said...

salam bro.
aku ni seorang yg hati kering, dan ada kata aku ni kejam. shahpaskal tau sgt pasal aku sebab aku dah kawan dgn dia dah 15 tahun lebih.kau tgk je blog aku, kau akan tau, apa aku ini, sebab hanya yg hati kering dan keras shj aku rasa boleh hadapi kes2 mcmtu hari2.
tapi, bila aku baca dua hari turut2 mengenai madihah ni, hati aku jadi amat tersentuh.Cara kau garap stori, amt2 mengesankan malah aku rasa sebak membacanya. serius. aku baca berulang kali. semuanya kerana aku amat kagum dgm segala dugaan yang gadis tu tempuhi.
Semua perbandingan aku buat/lakukan dgn ramainya manusia2 yg langsung tak sedar di untung, tak tau erti berterima kasih, bersyukur dan sedar erti kesusahan.
Tak ramai pelajar sekarang yg mengalami nasibh dan susah macam tu., dan berakhir dgn cemerlang.
aku syorkan, kau buat buku/novel mengenai kisah hidup dia ni. mungkin makan masa, tapi, bagi aku, kisah hidup dia amat menarik untuk jadi rujukan,[panduan, keinsafan kpd pelajar2 lain yg kini tak pernah terfikir utk ditimpa nasib sebegitu.
Anyway, tq akan beberapa info itu.Hope kau dapat buat beberapa lagi stori sampingan dlm Utusan semata2 utk dijadikan renungan pelajar lain.
Cuma, kita tidak mahu kehidupan seterusnya madihah dan kelaurganya dieksploitasikan oleh pihak yg nak mengaut untung atau menagguk di ari kerus.
sekali lagi, tahniah akan stori tu kerana ayat2nya disusun dgn begitu teliti dan menyentuh hati.

Anonymous said...

"sebahagian besar kehidupannya telah aku ceritakan dalam dua laporan muka depan Utusan"
- wah 2 hari berturut2 ko scoop kitorang

"nasib baik ada kawan lain yang terbocor secara tak sengaja"
- minah ni memang tak boleh harap... oopps!

Anonymous said...

yaa..ini dia watak sebenar pembikinan Madihah menjadi Ikon..wa caya lu beb..

Azran Fitri Rahim said...

on the scene - terima kasih sekali lagi, idea untuk menggarab cerita itu hanya datang secara spontan kurnian Allah. cadangan untuk menulis kisah kehidupan madihah akan dipertimbangkan - amat menarik. terus terang aku bimbang dengan bapa Madihah kerana banyak sangat cerita dibelakang berbunyi. Aku takut dia yang salah gunakan semua nikmat hasil dari kejayaan anaknya.

mywanfai - mana ada scoop semua orang ada. jangan salahkan minah tu, dia cuma nak tolong kengkawan. hehehehe

manlukeman - tq - tq - tq