Friday, March 27, 2009

Akar umbi dikhianati

Sedih, kecewa dan marah. Itu reaksi daripada ahli pemuda UMNO diperingkat bawah berhubung keputusan Pemilihan Agung Pemuda UMNO yang menyaksikan Khairy Jamaluddin menang jawatan Ketua Pemuda.

Mana tidaknya, akar umbi amat mengharapkan akan berlaku perubahan besar pada pergerakan tersebut dalam memastikan UMNO terus relevan tetapi sayang mungkin buta, tuli dan pekak para perwakilan yang hadir sehingga menyebabkan seorang yang mengaku menjadi liabiliti kepada parti dan bersalah atas tuduhan rasuah politik wang dipilih juga.

Mereka telah mengkhianati suara akar umbi yang terpaksa berdepan dengan musuh-musuh UMNO untuk memberikan 1001 jawapan terhadap kesalahan ketua baru itu. Ini yang membuatkan UMNO akan terus lemah dan dipinggirkan, seorang yang korup diberi jawatan besar. Tidak keterlaluan jika dikatakan perwakilan yang menyokong Khiy Jamaluddin sama juga dengan dia juga - korup. Apa tidaknya jika bapa kencing berdiri anak buah kencing berlari.

Satu tugas yang memenatkan untuk menangkis semua serangan daripada pembangkang selepas ini. Dan tidak hairan juga mungkin UMNO akan dihukum lebih teruk daripada rakyat selepas ini kerana tidak mendengar hasrat akar umbi yang terlalu rapat dengan masyarakat sekeliling.

Malah rata-rata anak muda yang ditemui jalanan tidak dapat menerima keputusan perwakilan itu.

Cuma sedikit boleh menarik nafas lega apabila perwakilan di peringkat tertinggi membuat keputusan tepat dengan memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan dan tiga lagi tokoh hebat untuk naib presiden.

*Adakah Pemuda masih relevan?

4 comments:

Diamilikku said...

aku pun menciiiikkk...
lepas nih kalau banyak state jatuh ke pembangkang..jgn salahkan pengundi...salahkan perwakilan yang memilih orang yang tak layak...hampeh

zero order said...

btol ap y saudara katakn..
smua phak xpdt trima kputusan ini..
mgkin stu hr nt o pd msa skunk,umno sdh tdk lg releven utk org muda..
mungkin plihan raya kcil y akan tiba akan merungkap smua ini...
FROM: BERANI BERUBAH DEMI SETIAKAWAN...

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Pemuda IKS adalah di antara golongan akar umbi yang berasa dikhianati. Namun api kecekalan hati untuk terus berjuang tidak pernah terpadam.

Pemuda IKS menerima keputusan pemilihan tempoh hari dengan hati yang terbuka. Walaupun kecewa selaku penyokong gerakan BERANI BERUBAH!, Pemuda IKS harus menerima kenyataan bahawa punca kekalahan adalah dari kelemahan jentera dan strategi gerakan itu sendiri.

Dalam erti kata lain, gerakan tersebut menjadi basi sebelum dimasak.

Tahniah kepada semua yang menang bertanding. Kepada yang kalah, anda belum gagal sepenuhnya dan jangan jemu meneruskan perjuangan.

"MEMPERKASA GENERASI BARU"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Azran Fitri Rahim said...

Diamilikku - ini bezanya otak udang dengan orang berfikiran jauh.

zero hero - UMNO telah muktamad jika kalah di tiga pilihan raya kecil ini.

Pemuda IKS - saya bersetuju dengan tuan tetapi sekarang bukan masa untuk menilai kebolehan seseorang kerana yang lebih penting menghapuskan persepsi buruk terhadap UMNO. Adakah Khairy boleh membantu parti untuk hapuskan persepsi ini.

Saya menerima kekalahan mukhriz dengan hati terbuka tetapi kalau UMNO masih ditolak rakyat, orang pertama yang saya salahkan ialah 304 perwakilan yang memberi ruang kepada persespi buruk kepada UMNO untuk terus subur.