Wednesday, October 27, 2010

:Catatan Galas

Hari Ketiga

Gua Musang bertukar wajah sepenuhnya hari ini. Seawal 7 pagi, lautan manusia memenuhi ruang yang sempit di Bandar Baru Gua Musang. Panji hijau yang ditengahnya berwarna putih lebih banyak daripada panji biru berdacing. Mungkin dua tiga kali ganda. Kata polis, hijau 9000 biru 3500 kurang lebih.

Saya tidak tahu jumlah sebenarnya kerana lebih awal memasuki pusat tujuan semua, Pejabat Tanah dan Jajahan tapi dari jauh memang kelihatan hijau lebih banyak. Apakah ini petanda awal?. Tapi situasi ini memang berlaku di banyak tempat, Manek Urai dulu lebih kurang sama tetapi jurangnya tidak begitu lebar.

9.00 pagi, pilihan biru bersama dengan ketua-ketuanya memasuki pusat. Tok Pa, Tiong lai, Zahid Hamidi, Awang Adek dan Subramaniam melangkah dengan yakin. Pilihan biru, Ab Aziz Yusof kelihatan agak gugup.

9.25 pagi Dr. Zulkefli bersama dengan barisan 'tok guru', Hadi Awang, Nasharudin, Mahfuz dan Salahudin masuk. Turut sama 'perujuk tok guru' Kit Siang dan Azmin Ali.

Semua duduk dalam khemah yang ditetapkan. Aman dan tenteram. Khemah hujung untuk bebas juga ada penghuni tapi dari pasukan hijau - hanya tumpang berteduh.

Puas menunggu, ketua biru mengunjungi hijau. Hijau balas kunjungan. Semua gembira berbual mesra. Yang pasti tok guru hadi dan kit siang tidak kunjung.

Kata Hadi pada ibu biru, Shahrizat "Presiden tidak datang sebab itu kami tidak pergi ke sana." Tak apa asalkan kemesraan terjalin. Seronok melihat mereka berbual, alangkah indahnya kalau hubungan begini kekal, semuanya bersatu. Oh lupa 'tok guru' Nik Aziz pun ada, dia agak lewat kerana uzur terpaksa berkereta hingga ke pusat, istimewanya. Tak pasti sama ada Muhyiddin atau Najib akan dapat layanan yang sama.

Kerja bermula, aktiviti 'menjolok' giat berjalan hingga tak menang tangan.

10 pagi tempoh bantahan tamat, pengurus 'raya' Wan Mustapha Ab Hamid umum.

11 pagi Wan Mustapa keluar. Jurugambar paling sibuk. Pengurus umum dua-dua diterima terima. Ketika Tok Pa dan Awang Adek ada di sebelah. Seorang orang hijau tak puas hati, "tok pa kenapa tok guru tidak ada, panggil tok guru."

Tok guru dan perujuk tok guru naik, lebih ramai dari biru. Tak apalah, hijau mesti dapat layanan istimewa. Tangan pun dijulang. Terdengar suara Hafiz menjerit mengarah supaya tok pa julang tangan.

Habis sudah beraksi. Dr Zul turun. RTM panggil untuk wawancara tapi bodyguard. Agak angkuh, kenapa enggan diwawancara secara langsung. Tak pandai cakap ke atau takut tersalah cakap?

Spekulasi bertiup kencang dek kerana Ku Li menghilang. Katanya, Ku Li cuma hantar di bawah sahaja. Teringat cerita Herman pada pilihan raya umum lalu. Ku Li hanya serah borang kemudian balik ke rumah yang lain orang kanan yang urus.

Itu sahaja cerita ini hari. Sambung esok pula, mata pun dah kuyu.

* insyallah akan ada catatan harian, cerita dua hari sebelum ini tidak sempat di muatkan Insyallah kalau ada kesempatan dibuat kemudian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: