Friday, April 3, 2009

Tahniah Najib, Selamat Bersara Pak Lah dan Selamat Kembali Tun M









Selepas pelbagai peristiwa suka dan duka berlaku sejak tahun 2003, akhirnya Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis angkat sumpah yang berlangsung di Istana Negara pagi ini melenyapkan pelbagari khabar angin terutama dari Suara Keadilan (lidah rasmi PKR) bahawa Yang di Pertuan Agong menolak pelantikan Najib.

Pada masa yang sama juga, rasa syukur kerana Tun Mahathir telah kembali kepada UMNO. Ini akan membantu untuk memperkuatkan semula parti dan kerajaan.


Harapan dari rakyat bawahan terhadap Najib hanya satu, berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan kekalkan keharmonian serta kesejahteraan penduduk di negara dengan menghapuskan anasir-anasir jahat yang menggangu perpaduan negara.

*Tahniah Najib dan Selamat Bersara Negarawan, Pak Lah.
Selamat Kembali Negawaran Tun M

1 comment:

shahpaskal said...

Aku rasa bersyukur sangat Najib naik. Terlalu teruk negara dan parti di bawah Pak Lah dan menantunya, KJ.

Walaupun Najib kelihatan tidak credible di bawah Pak Lah, nampaknya tekaan semua orang silap termasuk aku.

Ada ciri Mahathir dan kejujuran pada beliau.

Inilah pemimpin yang kita tunggu