Wednesday, February 25, 2009

Kain buruk yang memualkan

Sejak sekian lama, UMNO mengalami masalah yang sama iaitu tidak pernah memberikan layanan yang terbaik kepada ahli-ahlinya. Lebih mengecewakan ialah 'juak-juak' dalam parti ini memberikan layanan dan tumpuan istimewa hanya kepada pemimpin yang berada di atas pada ketika itu sahaja.

Malah sekiranya pemimpin-pemimpin parti terbabit bersara secara sukarela atau dipaksa, mereka akan hanya menjadia kain buruk dan biarkan terperosok dalam keadaan busuk dan memualkan. Seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba (tidak terlalu teruk kerana ada pemimpin yang masih bersimpati).

Ini semua dikatakan berpunca daripada cara berpolitik yang berasaskan penaung seperti yang dikatakan oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir, pemimpin di atas dijulang, pemimpin di bawah pijak. Peraka ini tidak pernah dipelajari oleh UMNO walaupun beberapa kejadian yang merugikan parti berlaku.

UMNO juga dilihat tidak seolah-olah tidak memberikan ruang kepada golongan tertentu seperti budayawan untuk bersama-sama mereka dalam perjuangan. Ini amat menyedihkan dan semakin lama ia menjadi seperti wabak apabila seorang demi seorang mula mengangkat kaki meninggal parti keramat itu.

Tidak keterlaluan juga, ia berlaku disebabkan ada 'juak-juak' dalam parti itu yang hanya menjadi parasit yang mengikis dan merosakkan parti demi kepentingan temolok mereka sahaja. Juak-juak ini perlu dihapuskan segera supaya tokoh-tokoh besar tidak lari meninggalkan parti terkontang kanting.

Mungkin ada yang menyatakan atas rasa kecewa tokoh-tokoh ini meninggalkan parti dan mula mencerca UMNO tetapi pada masa yang sama pernahkah kita berjaya adakah kita memberi layanan yang sesuai kepada mereka.

Terbaru, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mula memisahkan diri daripada kerajaan kerana beliau tidak pernah diberikan layanan yang sesuai dengan tarafnya dan tuntutannya tidak pernah diambil peduli.

Beliau kini semakin leka di atas pentas Pas untuk berceramah bagi memperjuangkan Bahasa Melayu dan mungkin satu hari nanti beliau juga akan berada di pentas yang sama berbicara tentang isu-isu lain pula.

"Saya hanya mencari pentas, kalau ada orang yang sediakan pentas apa salahnya saya berada di sana untuk memperjuangkannya supaya tidak nanti anak cucu kata kita tidak pertahankan bahasa ibunda, tidak nanti mereka kata nenek moyang kita buat.

"Perjuangan saya hanya mendaulatkan bahasa, saya bukan orang politik dan saya tidak fikir akan jadi orang politik, barangkali saya akan menyertai mana-mana parti secara bukan orang politik tetapi ikut isu yang mesti diperjuangkan, contohnya, rasuah RM200 ditangkap macamana dengan rasuah berjuta," katanya.

UMNO perlu membuang jauh budaya politik berasaskan penaung dan budaya elit supaya ia rakyat tidak takut untuk menyertainya.

Sesuatu yang amat merugikan sekiranya tokoh-tokoh ini mula bercakap mengenai kebobrokkan parti yang menjadi tunjang umat Melayu itu. Perlu diingat rakyat menilai semua perkara ini dan melihat parti ini sebagai sesuatu yang menjijikkan.

Apa salahnya jika kita memberi layanan yang bersesuaian kepada tokoh-tokoh ini, biarpun terpaksa mengorbankan sedikit ego tetapi secara tidak langsung kita memberikan penghargaan yang sebaiknya kepada mereka.

Jika dibiarkan perkara ini berlarutan, amat dibimbangi UMNO akan menjadi satu parti yang akan hanya berada dalam lipatan sejarah. Jangan kita menjadikan mereka menjadi kain buruk yang busuk dan memualkan. Sehingga ada pihak lain yang mengutip dan membersihkan mereka.

4 comments:

Z-MAY said...

salam,

umno sebenarnya tidak pernah belajar dlm banyak perkara. kerana itulah masalah bertimpa-timpa...

zero order said...

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi : ''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan 'Khusus Untuk Penganut Agama Kristian'...utusan,28/2/09..
hm...haru biru....
giv ur opinion....plsssssss

Azran Fitri Rahim said...

Z-May - salam, itu yang saya rasa tetapi masih menaruh harapan UMNO akan berubah secara total, tetapi sekarang saya lihat sudah ada sedikit anjakan daripada UMNO dan mula mendengar rintihan rakyat.

zero order - syed hamid kata itu kesilapan semasa mewartakan perintah tersebut. pelik dan memalukan sekiranya ia benar-benar berlaku.
Walau apa pun terjadi perkataan Allah tidak boleh diberikan digunakan oleh agama lain sejajar dengan Perlembagaan negara.
Islam adalah agama rasmi negar dan kedudukannya tidak boleh dipertikaikan dan tidak ada agama yang boleh disamakan dengan Islam. Perkara ini semua pihak perlu maklum.
Ada dua sebab kenapa tuntutan melampau seperti ini berlaku.
Pertama - ada pihak daripada orang Melayu Islam sendiri yang mendokong perjuangan pihak terbabit. Golongan lidah biawak ini yang membuatkan kaum lain mula menuntut perkara yang pelik yang sebelum ini telah termetrai dalam kontrak sosial.
Kedua - disebabkan UMNO lemah, bila parti yang menjadi tonggak kepada umat Melayu dan Islam ini hilang taring, ramai yang akan ambil kesempatan. Siapa yang tidak mahu menjatuhkan singa sekiranya cakar dan taringnya tiada.
Ini pendapat saya, pun begitu saya masih percaya UMNO masih lagi wadah terbaik untuk memperjuangkang umat Islam dan Melayu di negara ini.

Anonymous said...

UMNO berubah secara total? hmmm..adakah yg atas ingin berubah jika perubahan bermakna tiada lagi kontrak2 nego tender, konsesi2 ali baba?