Tuesday, October 19, 2010

Kerajaan yang baik.

Klinik TMC di Jalan Kubang Kerian-Kota Bharu amat terkenal. Dua pakar ada di sini, Pakar Sakit Puan dan Pakar Kanak-Kanak. Kasih dan Tuah demam, perlukan ubat untuk pulih. Klinik TMC jadi pilihan.

Kenapa saya tidak pergi ke klinik @ hospital kerajaan. Jawapannya semua ada. Fasiliti hebat, mentaliti tak hebat. Serba-serbi canggih tapi kaki dan tangan yang bekerja kurang canggih. Susah juga untuk ubah kaki dan tangan ini.

Salah kerajaan BN barang kali. Sumbangan yang 'melia' hebat tidak menjadi. Macam mana nak ubah menatliti.

Sambil duduk layan bosan, belek-belek portal pembangkang. Banyak juga yang tarik perhatian, walaupun hati tak berkenan.

Satu cerita, tiga ahli parlimen pembangkang. Duduk bercerita kepada wartawan, di lobi Parlimen. Ceritanya macam cerita dulu. Cerita kerajaan buat kerja tak betul.

Kali ini, penglipurlara Mahfuz buat cerita pasal Felda. Kerajaan tipu peneroka Felda. Sebagai bukti kena bayar denda. Peneroka dapat berjuta-juta.

Saya tak nak kata apa. Kalau dah mahkamah hukum salah, salahlah. Tapi memang betul, Felda kalah sebab bodoh. Sebab peguam tak datang mahkamah.

Syukur beribu-ribu peneroka dapat faedah dari Felda. Kenapa itu tidak dicerita. Sampai ada dapat duit berjuta-juta. Salah kerajaan lagi ke tu.

Kerajaan BN kena ikut Kerajaan Pas Kelantan, kalau tidak mahu kena hentam. Cara kerajaan tok guru paling mudah, kosnya juga amat murah. Hanya jaja rata-rata. Papan tanda kena banyak, besar-besar baru rakyat tahu. Jadi atau tidak tunggu la nanti.

Contoh paling Pengkalan Darat Kuala Krai, hanya nampak pada malam. Bandar AFTA Rantau Panjang, paling maju di Kelantan. Baru 'kelih' sikit Bandar Tunjong, itu pun kerajaan pusat tolong.

Cukup sudah saya mengarut. Cuma nak pesan kepada kerajaan BN. Paling mudah dan selamat jangan buat apa-apa projek macam Kedah dan Kelantan, baru tak dak orang korek.


*apa moralnya

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Penjelajah Blog said...

Suatu petang di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar Kelantan.

"Pembangunan? Apa yg Nabi Muhammad S.A.W buat? Dia hanya buat masjid buruk di Quba'. Tapi dia dihantar utk Brainwash manusia supaya terima Islam. Tuh lah hok sayo nok buat."

- ha ha ha , bak kata Raja NamCha, Politik ini hanyalah sekadar persepsi, anda memilih utk melihat puak mana yg betul. -