Tuesday, January 20, 2009

Khalwat : Ako, Norman dan Memey

Cerita 1

Gagal hadir tuduhan khalwat, waran tangkap terhadap Ako

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Mahkamah Rendah Syariah Gombak dekat sini hari ini, mengeluarkan warna tangkap terhadap pelakon, Ako Mustapha kerana gagal hadir untuk tuduhan khalwat yang dihadapinya.

Ako, 37, yang baru berkahwin Sabtu lalu didakwa berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada 27 Jun 2007. - Utusan



Cerita 2

Norman, Memey mengaku tak bersalah atas tuduhan khalwat


KUALA LUMPUR 20 Jan. – Aktor popular, Norman Hakim dan pelakon muda, Memey Suhaiza masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan khalwat pada Oktober tahun lalu.

Norman, 33, dan Memey, 21, didakwa berkhalwat pada pukul 3 pagi, 30 Oktober tahun lalu di alamat 4-1A Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, Gombak, Selangor dekat sini.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 3 Mac ini untuk perbicaraan.

Beliau juga membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin kakitangan awam. - Utusan

Apa nak jadi dengan artis sekarang......

*malas aku nak canang muahahahaha

2 comments:

Diamilikku said...

nak jadi artis "TERBAIK"...terbaik dari segi lakonan..emosi...perasaan...gesture..
pemakaian...

Azran Fitri Rahim said...

Diamilikku - entahlah ini yang jadi ikutan remaja la nie..