Friday, January 9, 2009

Yahudi dalam kehidupan

Setelah 13 hari Israel terus menyerang dan membunuh membabi buta rakyat Palestin dengan sokongan kuat Amerika Syarikat (AS). Umum tahu orang Islam di seluruh dunia tidak mampu untuk melawan dengan dua dajal dunia itu kerana kekuatan senjatanya.

Justeru itu, umat seluruh dunia diseru supaya memboikot barangan keluaran Israel dan AS sebagai senjata untuk melumpuhkan ekonomi negara itu. Aku amat bersetuju dengan tindakan memboikot itu, lalu aku mula mencari barangan keluaran negara itu sebagai panduan untuk tidak membelinya.

Tetapi selepas aku menilitinya rupa-rupanya hampir 80 peratus barangan yang aku gunakan adalah keluaran Israel dan AS. Bermula dari buka mata sehingga tutup mata (tidur) hampir kesemuanya menggunakan barangan negara itu.

Dibawah catatan diari aku, isteri dan anak aku.

Aku

Bangun pagi aku menggunakan ubat gigi jenama Colgate, isteri aku membuat sarapan dengan menggunakan gas keluaran Shell, selepas minum pagi aku menyedut asap berjenama Marlboro sebelum ke pejabat untuk berbau harum aku gunakan pewangi berjenama Tommy Hilfiger dan Dunhill.


Untuk kemudahan dan nampak cantik aku gunakan telefon jenama Motorola dan Nokia - sebabnya firendly user.

Di pejabat pula aku gunakan komputer jenama Dell yang menggunakan perisian Microsoft. Masa atas gelanggang futsal untuk beriadah aku pakai jersi dan kasut jenama Nike, sebabnya nak bagi nampak gaya macam Christiano Ronaldo. Bila dah letih main futsal kekadang minum Coca-Cola.

Cerita kegemaran aku mesti arahan atau terbitan Stephen Speilberg - aksinya macam real. Drama kegemaran aku ialah Lost dan Las Vegas kedua-duanya keluaran Hollywood. Kekadang tukar chanel tengok dokumentari National Geographic. Kekadang juga aku isi petrol kereta jenama Shell sebanya aku suka pasukan F1 Ferrari.

Chinta dan Kasih

Anak aku pula celik mata minta susu keluaran Nestle, selepas itu mandi, guna mandian jenama Johnson & Johnson, siap mandi pakai bedak jenama yang sama. Bila dah wangi dan cantik pakai baju jenama Disney sebab terpengaruh dengan kartun.

Anak yang sulung namanya Aisya Chinta Sophia, 4, minatnya Barbie sampai cita-cita nak jadi macam princess sebab cantik. Anak kedua namanya Aisya Kasih Khadeeja, 3, minatnya Pooh.

Bila semua dah tenang anak aku duduk depan tv buka chanel 612, Disney Network, tengok kartun Mickey Mouse dan Barney. Aku yang ajar tengok chanel tu sebab nak bagi power English - silap aku juga.

Bila bosan ajak aku keluar, katanya nak makan McDonald dan KFC.

Bila balik rumah ada duit syiling aku bagi dekat dua puteri aku itu suruh masukkan dalam tabung yang ada gambar Mickey dan Minnie keluaran Disney juga.

Bila dah letih main nak tidur pula, yang Chinta nak bantal peluk Princess dan yang Kasih nak bantal peluk Pooh. Boleh dikatakan hampir 90 peratus anak aku suka dan pakai barangan produk Disney.

Isteriku

Isteri aku pula celik mata saja sama dengan aku juga, gosok gigi guna ubat gigi jenama Colgate.
Cuci muka pula pakai produk Clinique, katanya berkualiti tinggi dan kulit lagi halus serta licin.
Untuk menyerlah kecantikan sebagai wanita ditambah dengan bedak dan lipstik Maybelline sebabnya sama.
Nak bagi wangi pakai perfume jenama Lancome, katanya bau manis.
Kadang-kadang sebab terlalu letih je, wife aku masak Maggi je, mudah, ringkas dan rasanya boleh tahan.
Isteri aku pula syorkan supaya membeli Kit Kat atau biskut Danone untuk anak-anak aku takut mereka lapar atau senang nak pujuk.
Ambi Pure pula diguna untuk bagi wangi rumah dan kereta. Bila gi KL (sebab di Kelantan tak ada) ajak aku minum di Starbucks katanya kopi di situ sedap.

***********
Ini merupakan sebahagian daripada barangan yang aku ingat. aku rasa ada banyak lagi yang tercicir tapi inilah realitinya hampir seluruh kehidupan kita begantung kepada Yahudi dan AS.


*Termenung apa yang harus aku boikot.....

7 comments:

Anonymous said...

macam mana la ko dapat idea buat entry ni... kah kah kah... aku tak terfikir pun... ko memang kreatif la

Azran Fitri Rahim said...

aku terfikir nak buat entry nie sebab aku dah tak tahu nak boikot benda apa sebab kebanyakan yang kita guna setiap hari semuanya dari negara dajal tu... mereka dah meresap dalam hidup kita secara halus...

Diamilikku said...

you're rite lan...tapi kita boleh ubah sikit2..setakat yang boleh..macam aku tulis kat blog..nak melentur buluh biarlah dari rebung..tapi bila dah jadi buluh memang susah nak lentur..anak aku pun pakai produk Johnson..baju pun ada gak Disney...memang susah..tapi aku cuba takat yang boleh..kalau tak boleh jugak..apa yg aku mampu cuma berdoa moga Allah selamatkan Palestine...

Azran Fitri Rahim said...

diamilikku - aku setuju dengan apa yang ang kata tapi lepas aku teliti rupanya semua barangan daripada yahudi nie cuma untuk bergaya sedangkan ada barangan pengganti macam petrol kita ada petronas... nescafe ada yang baru keluaran dari mardi atau kopi yang mak cik aku buat kat kampung... muahahaha... apa2 hal pun tepuk dada tanya selera...

Anonymous said...

bravo...bravo...

Anonymous said...

mmg btl2 smagatlah bro..cayalah..dgn ini kita sama2 boikot barang buatan amerika n sekutunya..IDUP PALESTIN...

taQ

Anonymous said...

saudara memang kreatif.