Monday, December 29, 2008

Alahai PKR dan Manikavasagam

Sejak beberapa hari lepas banyak cerita mengenai krisis dalaman PKR yang membabitkan beberapa pemimpin utamanya termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Semuanya bermula Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mengumumkan bahawa beliau akan keluar daripada pakatan pembangkang atas alasan tidak bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu. (berita lanjut dalam mstar).

Terus terang saya sudah bosan dengan budaya ugut keluar parti ini. Saya cabar kalau berani keluar terus, jangan cakap saja. Inilah budaya politik yang membosankan - ugut supaya orang pujuk atau mahukan balasan. Tunjukkan keberanian seperti Bekas Ketua UMNO Bahagian PJS, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim yang keluar dari parti tanpa sebarang takwil.

Sudah terang lagi bersuluh, PKR sedang diserang barah yang sedang menyerang seluruh anggotanya.


*Tunggu reaksi Sdr. Anwar Ibrahim

wasalam

2 comments:

ondscene said...

sekarang ni pulak, lim guan eng dah conform jadi macam lanun Somalia.
Siap buat pc minta RM4juta dari gamuda.Dah bayar, baru boleh sambung projek...

Anonymous said...

Guan Eng memang lanun pun.. tak sedar diri... dah tak de duit nak memerintah le tu...