Wednesday, December 17, 2008

Jual Beli di internet

Dah lama aku nak buat posting nie... tapi seperti biasa jari jemari aku nie agak kaku dan malas mengetuk...

Hari ini aku berjaya untuk buat posting nie walaupun dalam mood penyakit Mim Alif Lam Sin (Malas)...

Postingnya begini... aku amat tertarik dengan kawan-kawan aku nie... mereka amat opurtunis dengan menukar blog menjadi laman bisnes untuk menambahkan pendapatan... walaupun menjual tudung dan kain tapi aku melihat ia satu permulaan yang baik...

Langkah manlukeman memperkenalkan bisnes jual kain melalui internet kepada orang rumahnya amat baik, daripada duduk saja dapat juga duit poket tak payah modal besar....

dua tiga hari ini aku tengok pula adik atau kakak rakan bloger aku wanfai turut menjalankan bisnes yang sama...

Satu saja aku terfikir kenapa la dulu masa orang rumah aku tak kerja aku tak nampak peluang nie... hehehe kalau tak aku lagi advance dari diaorang... hehehe...

apa pun selamat maju kepada bakal jutawan internet ini, aku doakan semoga bisnes kalian sukses...

buat rakan-rakan yang berminat untuk membeli kain atau tudung dari dua rakan aku nie boleh tengok dalam blog : http://zirabukhara.blogspot.com/ dan http://daniaqistin.wordpress.com/

wasalam....

*lepas nie aku nak buat bisnes jual kopi, pekasam dan budu melalui internet pula... ahaks...

2 comments:

Anonymous said...

Kalau nak tudung Dubai, boleh ambik kat aku je... aku bagi lagi murah... kalau nak tgk sampel pun boleh... kalau nak emel je ke wfa_kimura@yahoo.com untuk maklumat lanjut

bro... kopi, budu dengan pekasam melalui internet pun idea menarik jugak... aku nak cadangkan kat bini aku la...

Anonymous said...

bro..mekaseh promote blog anak aku..hehehe..