Monday, December 15, 2008

Debat : Khairy Jamaluddin Vs Husam Musa


Berita terbaru aku terima Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan berdepan dengan 'master mind' kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa - Naib Presiden Pas dalam wacana transformasi di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Sabtu (20 Dis. 2008) ini.

Pertembungan ini amat menarik (kalau benar-benar berlaku sebabnya kalau berdebat ini last minit mesti tak jadi).

Aku amat berharap wacana (bahasa mudahnya 'debat') ini menjadi kenyataan. Kedua-dua tokoh ini mempunyai kelebihan dalam berhujah dan paling menarik ia juga akan menjadi satu bonus kepada Khairy yang akan berhadapan dengan Mukhriz dan Khir Toyo dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Ini juga peluang bagi Husam membuktikan dirinya sebagai pemimpin terbaik selepas keyakinan ahli Pas mula terhakis disebabkan hubungannya yang terlalu akrab dengan Anwar Ibrahim.


*kita tengok sapa yang kena

6 comments:

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Walaupun Pemuda IKS adalah penyokong pergerakan BERANI BERUBAH!, Pemuda IKS akan beri sokongan penuh terhadap Saudara KJ menjelang tarikh wacana ini. Beliau mewakili warga UMNO dan perlu diberi sokongan. Selamat berjuang!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Anonymous said...

Pemuda IKS - saya sependapat dengan saudara... dalam hal ini walaupun saya penyokong kuat team BERANI BERUBAH, saya melihat ada keberanian pada KJ untuk berhadapan dengan Husam. Untuk makluman saudara wacana itu akan dipengerusikan oleh ahli akademik Agus Salim dan seorang lagi ahli panel, Prof Aziz Bari. Tema wacana ialah Transformasi Politik Negara. Saya berharap KJ mampu untuk menangani debat ini dengan baik agar maruah parti keramat - UMNO tidak tercemar..

wasalam...

Anonymous said...

sah-sah aku kena cover... huhu

Anonymous said...

kita cover sesame le...

ondscene said...

salam,

jangan lupa standy dengan kamera...mana la tau kan...hehehe...
apa-apapun, harap kedua-dua pihak melakukan tugas berat ini dengan penuh berhemah dan profesional, dan bukan dengan emosi atau dendam dan yang seumpamanya...

Singh Is Kinng said...

Salam Perkenalan saudara Tukang Canang,

Selain drp Husam Musa Dr Agus seorang analyst join sama.

Saya mengagak Khairy akan menonjolkan kebolehan beliau dalam arena debat. Cuma satu je musykil nape Khairy pernah lari dari berdebat dengan cikgu Bad.

Wassalam.