Sunday, February 15, 2009

Bapa Siti Nurhaliza meninggal dunia...


Bapa Siti Nurhaliza Taruddin, Taruddin Ismail meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini pada pukul 10.45 pagi ini (Ahad 15 Feb 2009) akibat serangan jantung. Beliau berusia 67 tahun.

Bekas pesara polis itu dimasukkan ke hospital tersebut sejak tiga hari lalu selepas rebah di kediamannya di Kuala Lipis.

Allahyarham dikatakan menjalani pembedahan 'bypass' jantung pada Jumaat lalu.

Aku percaya pemergian Allahyarham akan memberikan kesan yang mendalam kepada Siti Nurhaliza dan keluarganya. Menjadi seorang bapa kepada selebriti terkenal mempunyai dugaan yang besar kerana sepanjang hidupnya turut menjadi tumpuan umum terutama ketika isu perkahwinan Siti dengan Datuk K.

Alhamudillah beliau dapat menempuhi cabaran itu dengan tenang.


*Al fatihah untuk arwah semoga dicucuri rahmat.
takziah untuk siti dan keluarga...

1 comment:

Diamilikku said...

wah...
kwn aku sorang nih..semalam glamer clear muka hang kat tv3..misai hang pun dah ala2 dato K aku tgk...
hahahhahaha...

takziah untuk ct sekeluarga