Monday, February 23, 2009

Blog hina Malaysia....




Sewaktu aku mengunjungi Jakarta pada tahun lepas, aku terbaca muka depan akhbar kompas yang bertajuk 'pakcik jangan curi angklong kami'. Akhbar itu dengan jelas meniupkan semangat bencikan Malaysia. Kata akhbar itu, Malaysia cuba untuk mendapatkan pengiktirafan uniseco untuk mewartakan angklong sebagai warisan negara ini.

Aku pelik apa motifnya untuk membangkitkan rasa benci rakyat Indonesia kepada Malaysia, sedangkan rakyat di negara ini tidak pernah ambil pusing tentang angklong atau pun lagu rasa sayang (satu ketika menjadi perdebatan hangat).

Bagi rakyat negara ini, Indonesia adalah suadara serumpun dan seagama tidak terlintas sedikit pun untuk membenci keseluruhan rakyat negara itu.

Ada yang mengatakan rasa benci dan tidak puas hati ini dicetuskan oleh pihak ketiga yang bimbang sekiranya Malaysia dan Indonesia menjadi akrab dan membentuk satu pakatan yang utuh di rantau ini. Pihak ketiga itu dikatakan sebuah negara kecil yang terhimpit di tengah-tengah rumpun Melayu.

Dikatakan ini cara terbaik untuk menghancurkan perpaduan yang diantara kedua-dua negara ini, Indonesia ibarat abang besar kepada Malaysia, pun begitu sebagai adik, Malaysia tidak semestinya kurang cerdik ataupun lebih miskin daripada abangnya.

Rakyat Indonesia perlu menerima hakikat Malaysia sudah berada beberapa langkah di hadapan mereka dan tidak salah sekiranya mereka belajar dari adik yang kecil ini.

Entry ini ditulis sebagai respon kepada paparan dari blog .http://mazidulakmal.blogspot.com dan http://manlukeman.wordpress.com yang mendedahkan mengenai satu blog, http://id-top.blogspot.com indonesia yang menghentam Malaysia secara membabi buta.

*malas aku nak komen banyak, korang baca la blog itu sendiri..

2 comments:

Diamilikku said...

bagi aku penulis dia BODOH dan DENGKI..itulah penyakit manusia..sebab tu aku tak suka buat entry berat2..sebab mulut aku nih tak reti nak guna bahasa baik2 mcm hang..lebih baik aku tulih pasal family aku..takde le aku tambah dosa mengutuk orang..aku benci ahh tgk blog "natang" nih

Anonymous said...

eh..blog aku ada sini la