Wednesday, November 26, 2008

Maafkan aku 'aban' Bidi


Terlebih dahulu aku minta maaf pada aban bidi sebab kena kejar dengan dua orang kakak. bukan aku tak nak backing tapi aku pun terpaksa lari kerana tak sampai hati dengar rayuan dua orang kakak nie. aku teramat serba salah.

Cerita dikejar oleh dua kakak ini bermula pagi ini ketika hujan renyai-renyai di perakarangan Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Pada ketika lebih kurang tujuh lapan orang wartawan yang base di kelantan antaranya, bidi (bernama) hakim (kosmo) faizal (bh) sheila (sinar) alina (nst) dan zaki (tv9) cover satu kes di mahkamah ini.

Kes melibatkan seorang lelaki merogol wanita oku (mungkin lembam - kata pendakwaraya) yang berlaku pada 12 Nov. di Tanah Merah. adegan ini berlangsung kurang lebih 30 minit sebelum berjaya melepaskan diri.

Kami seperti biasa selepas mahkamah bersidang akan berbincang di luar mahkamah untuk melengkap maklumat dan pada masa yang sama jurugambar menjalankan tugas merakamkan gambar orang kena tuduh (okt).

Selepas okt di bawa masuk ke dalam lokap, dua orang wanita datang berjumpa dengan jurugambar nst, fathil dan memohon supaya gambar itu dipadamkan.

Aku dari jauh melihat gerak geri wanita terbabit yang bercakap dengan fathil dan dapat mengagak apa yang berlaku. secara tiba-tiba mereka berdua datang ke arah kami dan meminta supaya kes tersebut tidak dilaporkan oleh media.

"tolong encik jangan buat cerita ini, dia bukan orang senang, saya cuma kesian dekat isteri dia ni (sambil menunjukkan wanita di sebelahnya) macam mano nak cari make selepas ini.

"Demi allah saya cayo dia tak buat, dia terkena buate ore, ore letak benda dale air dia minum sampai tak sedar," katanya.

Bidi menjelaskan bahawa kami terpaksa melaporkan kerana ia sebahagian daripada tugas, aku yang mendengar penjelasan bidi mula angkat kaki kerana takut terperangkap dalam situasi itu.

Aku faham penderitaan yang ditanggung oleh keluarga okt. memang malu dan aku amat simpati sebab itu aku angkat kaki.

Tapi malang bidi dengan pantas menjawab, "Kakak gi kecek ngan bos saya tu (sambil menunjukkan kepada aku yang tengah berjalan untuk melarikan diri)."

Aku yang terkejut pantas menjelaskan aku bukannya bos dia dari agensi lain dan saya dari agensi lain. Bidi yang kelam kabut mendengar penjelasan itu cuba melarikan diri masuk ke dalam tandas lelaki tetapi malang pintu berkunci.

Kedua-dua kakak ini kemudian mendekati bidi, bidi pula membuntuti aku dan kakak itu terus mengejar sehinggalah ke depan pintu pagar mahkamah, aku tengok bidi jadi kesian pula. Jadi aku mendekati bidi untuk membantu memberikan penjelasan. tapi kakak itu terus merayu dan meminta supaya berita itu tidak dilaporkan.

Dipendekkan cerita kakak itu kemudian mengalah walaupun beberapa kali meminta nombor telefon bos kami untuk menjelaskan hal yang sebenar.

Aban bidi aku minta maaf sebab tak bantu dari awal. jiwa aku kecil, aku kesian dan simpati tetapi apakan daya tugas memaksa aku untuk terus menulis walaupun memberikan kesan yang amat besar kepada keluarga okt.

Aku terpaksa melaporkan cerita ini bukan saja demi tugas tetapi sebagai pengajaran kepada yang lain diluar sana.

Aku juga berharap kata-kata kakak itu benar dan dapat dibuktikan di mahkamah nanti untuk membersihkan namanya.

Inilah tugas yang terpaksa dilalui oleh wartawan, 'dikejar - mengejar, dihina -menghina, dikeji -memuji.


wasalam.


6 comments:

Anonymous said...

sedih aku baca entry ni..

Anonymous said...

cis... nampaknya aku kena carik idea lain

Anonymous said...

apsal lak nak cari idea lain... aku tak ambil idea ko pun... ini pengalaman aku... hehehe

Anonymous said...

Alhamdulillah...bagaimanapun stori aku telah di kill oleh kl. Janji aku pada kakak tu untuk tak siar berita tu terlaksana. Bagus cerita ko ni..menarik cara kau olah..errr..belanja aku makan leh?

Anonymous said...

nak belanja boleh saja... tapi sapa gerangan tuan anonymus nie... aban bidi ke...

Anonymous said...

Ok lah tu