Wednesday, November 19, 2008

Salah dan Maaf

Hampir sepuluh bulan pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) berlalu, pun begitu cerita-cerita tentangnya masih kedengaran. Ia seolah-olah PRU masih lagi berlangsung walaupun hakikatnya sudah berakhir pada 8 Mac lalu.

Pelbagai cerita ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana kononnya mereka mendapat mandat dan sokongan kuat daripada rakyat. Cerita yang meleret dan digarab seperti 'sinetron' mula merimaskan rakyat yang sebelum ini mengikuti setiap episod dengan setia seperti 'Bawang Puteh Bawang Merah'.

Paling menjengkelkan ialah parti-parti politik yang baru memerintah lima buah negeri memulakan era pemerintahan mereka dengan sindrom menyalahkan kerajaan dahulu sehingga ada di antaranya tidak logik langsung diterima oleh akal fikiran.

Bagi parti politik yang masih memerintah Malaysia pula, meneruskan pemerintahan dengan sindrom memohon 'maaf' biarpun kesalahan yang dibuat tidak nyata dan masih samar-samar. Begitu pun sindrom 'maaf' tidak lagi berlaku mungkin kerana bapa-bapa pemimpinnya sedar dengan tindakan yang tidak disenangi oleh ahlinya.


Sebaliknya pula berlaku, sindrom salah-menyalah diteruskan tanpa segan silu sehingga kadang kala menampakkan kebodohan dan kewarasan bapa-bapa pemimpin parti yang dikatakan bertunjangkan keadilan dan kesamarataan. Contoh yang paling menarik ialah perkara yang berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Pertama, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang bijaksana dan bergelar Profesor menyalahkan UMNO kerana tidak ramai rakyat dari bangsa lain terutama Cina serta India tidak menyertai perkhidmatan awam.

Paling melucukan dan menampakkan kebijaksanaan profesor ini apabila menuduh kakitangan awam Melayu telah mengoyakkan borang permohonan jawatan kosong dari bangsa lain.

Sebagai pemerhati, penulis melihat tuduhan ini sebagai membabi ditambah dengan membuta dan tuli. Di mana kewarasan pemimpin seperti ini, bercakap seperti orang 'gila'. Nah sekarang terbukti siapa yang racis, UMNO atau DAP.

Sedangkan umum tahu, bangsa lain tidak berminat untuk menyertai perkhidmatan awam disebabkan gaji yang rendah.

Semalam untuk menutup kesilapannya, seperti biasa pemimpin pembangkang ini menyalahkan media terutama Utusan Malaysia sedangkan jelas terbukti ucapannya disiarkan pada berita di peti televisyen.

Bagi penulis pemimpin ini sudah kekurangan idea dan sengaja mereka cerita untuk meneruskan sindrom menyalahkan orang lain dan cuba menutup kelemahannya untuk mentadbir negeri. Pembangkang berlagak seolah-olah mereka tuhan yang tahu semuanya dan orang lain semua salah.

Kedua, ialah mengenai hujah tok wakil wanita pembangkang di Dewan Rakyat yang menyifatkan guru-guru tadika Kemas sebagai golongan mak cik-mak cik yang ketinggalan zaman.

Wahai 'tok wakil' jangan lupa jasa mak cik-mak cik ini mendidik anak bangsa, jangan dibandingkan intan dengan kaca. Jasa mak cik - mak cik kemas ini untuk mendidik terutama di kawasan luar bandar tiada tandingnya, dan penulis sendiri lahir daripada tadika kemas sehingga kini bergelar wartawan. Tanpa tadika ini mungkin penulis tidak kenal ABC.

Ketiga - yang terbaru - DAP menyalahkan UMNO kerana menyebabkan banjir di Pulau Pinang.

Kesemua contoh ini merupakan dua perkara baru di bawah sindrom salah - menyalahkan yang di bawa oleh pakatan pembangkang. Ia merupakan usaha berterusan untuk memupuk sikap benci rakyat terhadap kerajaan yang ada sekarang sehingga kadang kala sukar untuk diterima akal.

Kesimpulannya, parti-parti politik yang baru mendapat kuasa ini masih mabuk dengan kemenangan sehingga terlupa tugas sebenar mereka iaitu untuk menjadi kerajaan dan membangungkan negeri masing-masing.

Perkara yang paling mudah dalam dunia ini ialah menyalahkan orang tanpa perlu berbuat apa-apa. Inilah taktik pembangkang yang terus menerus memperbodohkan rakyat dan kita sebagai rakyat harus bijak menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Pembangkang berlagak seperti maksum - seolah-olah semua yang dilakukan mereka adalah betul dan orang lain selain daripada mereka adalah salah


wassalam


*teringat cerita si dungu dan bahlol (dumb dan dumber).

3 comments:

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Profesor Racist tidak sepatutnya keluar statement sedemikian. Ini bukan membabi buta, tetapi membabi babi. Bagaimana pula dengan orang Melayu yang mahu bekerja dengan syarikat kepunyaan orang Cina?

"Chinese language is preferrable"

Salahkan pihak akhbar Utusan? Mesti beliau takde duit dan cari modal untuk menyaman oarang.

Tok wakil tu anak orang kaya kot. Tu pasal dia hina pendidik di Tadika KEMAS. Menjatuhkan orang Melayu. Bagi la cadangan, bukan kritikan.

Menyalahkan UMNO kerana banjir? Kalau hujan dan panas salah siapa pulak?

Sepatutnya seorang ahli Parlimen akan mencadangkan "improvement" bukannya mengadu domba yang bukan-bukan.

Akhir kata, kepada Tukang Canang dan pengikutnya, selamat berjuang! Terima kasih di atas sokongan anda terhadap perjuangan Pemuda IKS.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Anonymous said...

tuding sana sini..memang peel azali makhluk bernama manusia..sesiapa saja..

Anonymous said...

wakil rakyat cap ayam